Meneruskan perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nurain941, telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita mendedahkan bahawa beliau telah membuat tuntutan nafkah anak kepada bekas suaminya. Namun respon bekas suaminya pula mengatakan tidak mampu dan membuat permohonan untuk kurangkan nafkah yang diminta oleh beliau. Wanita ini juga mengatakan beliau menolak permohonan tersebut kerana nafkah anak yang diminta telahpun beliau berfikir terdahulu mengikut kemampuan bekas suaminya.
Beliau juga mengatakan bekas suaminya beri alasan tentang nafkah anaknya kerana tidak mampu, serta isu ini juga telah ditular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apa yang dikatakan oleh wanita ini buat ramai yang setuju dengannya kerana beliau menegaskan isu nafkah anak. Ada juga yang berkongsi cerita di mana salah seorang dalam ruangan komen mengatakan, ibunya hanya mendapat menuntut nafkah anak sebanyak RM600 untuk 4 orang anak yang masih belajar di Universiti dan 2 orang anak yang masih bersekolah serta harga yang ditetapkan oleh mahkamah sememangnya tidak mencukupi bagi ibu tunggal atas alasan ‘ikut kemampuan’ bekas suami.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.5M penonton, 67.2K sukaan dan 5223 komen.
Baca lagi: Isteri Penat Berniaga, Duit Hasil Berniaga Pula Suami Ambil Dan Beri Kepada Mak
Baca lagi: Penat Hadap Jem Selama 2 Jam Di Tol Gombak, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju
Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Mamymudaa: Sy 2 Orang anak RM500 , kata nya Tak Mampu , Tapi kawin baru mampu , Bela anak Tiri mampu
@Norsufiajohari: kita pompuan jgn lemah..bagus sis..kita bukn nk lawan tp kita nk BG pengajaran je
@mrs.jiaarosé: Suka semangat dia ni , mmg abisla ex dia hahaha klu tgok video ni pn mesti koyak lakibini tu , bagus kak aku sokong dgn keputusan kau.
@Liza Aranda: 12thn Sy bsr kan anak sorang2..1 sen pn pak dia xbagi,Sy pun xhingin nak mintak.xkan bahagia lelaki yg lupa kan tanggung jawab pada anak kandung nya..
@sueQassem: suami sy kasik anak2 dia 2k sebulan utk 2org tanpa gagal… alhamdulillah ..dari situ sy tau dia seorang yg bertanggugjwb Dan tahu agama .
@beebsmia: hebatnya sis, semoga sis terus kuat n dipermudahkan segala urusan
@JUUJUEE: Anak tiri tak wajib nak tanggung. Selagi anak tiri tu ada bapa kandung yg kena tanggung. Bini baru dia tu kena la tuntut la kat bekas laki dia/waris
@Chockyieyo Wong: Sokong biar pun kita banyak duit, tapi kita nak juga bapa tu Tunaikan tanggungjawab bagi anak anak
@AJB: saya plak ank 4 org rm300 jew..itu pon mcm biskut chip more..tpi kawin lain hataran berbelah ribu ada duit..itu lah lelaki..akhirnya bercerai juga
@inayrus…: belanja makanan anak² kucing sy seminggu pun dah 150… tu pun dah catu sikit²
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram