Home Entertainment Bekas Suami Pamela Anderson Mewasiatkannya $10 Juta USD

Bekas Suami Pamela Anderson Mewasiatkannya $10 Juta USD

0

Harta kekayaan dan wang ringgit adalah saling berkait dengan kehidupan cinta dan perhubungan. Ada orang kata duit bukanlah segalanya tetapi tanpa duit banyak juga hubungan menjadi retak seribu dan putus ditengah jalan.

Begitulah kehidupan, kadang-kadang bahagia, kadang-kadang berduka. Menurut pendapat seorang pakar analisis psikologi iaitu Peter Schneider, masalah berbangkit mengenai duit adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada perpisahan setiap pasangan. Seorang peguam penceraian pernah memberi kenyataan bahawa terdapat pasangan yang menyorokkan duit dan harta kekayaan mereka dari pasangan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga jika berlakunya penceraian. Aneh bukan?

Lain pula kisahnya dengan pelakon dan model terkenal Pamela Anderson apabila bekas suaminya telah mewasiatkan sejumlah wang untuk dirinya jika dia meninggal dunia. Buat masa sekarang, Pamela Anderson dianggap sebagai wanita paling bertuah di dunia.

7AAF1152 A187 4CA5 B95C 4D669B09D629 0D4F5A80 7AE4 4CE9 BA6D D8F34E3C86B7

Siapa sangka bekas suami Pamela Anderson iaitu Jon Peters telah mendedahkan bahawa dia telah mewasiatkan wang sebanyak $10 juta dollar untuk pelakon seksi itu. Lebih mengejutkan adalah mereka berdua hanya sempat mengecapi kebahagiaan mahligai rumah tangga selama 12 hari sahaja. Pastinya Pamela Anderson sangat istimewa di hati Jon Peters kerana dia sanggup mewasiatkan nilai sebesar itu untuk Pamela Anderson.

Pamela Anderson dan produser, Jon Peters telah mengikat tali perkahwinan secara rahsia di Malibu pada tahun 2020. Mereka berdua sebenarnya sudah menjalin hubungan lebih dari 30 tahun.

Jon pernah dipetik berkata-kata, “ada ramai wanita cantik di seluruh dunia, saya boleh pilih mana-mana sahaja. Tetapi dalam tempoh 35 tahun, saya hanya mengimpikan Pamela Anderson sahaja, saya hanya mahukan dia.”

18650460 7C82 462C A684 71C0A4AB376C

Walaupun mereka sangat mencintai antara satu sama lain, tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 12 hari sahaja. Bukanlah satu rahsia bahawa Pamela Anderson mempunyai hubungan romantis dengan ramai lelaki sebelum ini. Perkahwinannya yang paling menjadi buah mulut adalah perkahwinan bersama pemuzik Tommy Lee.

Walaupun perkahwinan Pamela Anderson dan Jon Peters hanya bertahan selama 12 hari, mereka berdua mengaku bahawa mereka sangat bahagia dalam tempoh 12 hari bergelar sebagai suami isteri. Selepas bercerai mereka berdua saling memuji antara satu sama lain dan tiada sebarang sengketa tercetus.

Pamela Anderson dalam satu wawancara pernah meluahkan rasa cintanya kepada Jon peters selepas mereka bercerai. Dia dipetik berkata-kata, “Dia (Jon Peters) adalah lelaki yang sangat baik dan hebat, dia adalah salah satu pengaruh paling besar dalam hidup saya. Saya akan menyayanginya sehingga ke nafas terakhir.”

Jon Peters yang kini sudah berusia 77 tahun mengejutkan semua orang dan Pamela Anderson sendiri apabila dia mendedahkan bahawa dia meninggalkan $10 juta dollar USD untuk bekas isterinya itu dalam satu temu bual.

“Saya akan selalu mencintai Pamela, sentiasa di dalam hati saya. Sejujurnya saya telah memasukkan nama Pamela untuk menerima $10 juta USD dalam wasiat saya, dan dia langsung tidak tahu mengenai wasiat ini. Tiada sesiapa pun yang tahu, inilah kali pertama saya bercerita tentang wasiat ini. Jadi wang itu adalah untuk dia sama ada dia memerlukannya ataupun tidak.”

Perkara yang paling mengejutkan adalah apabila Pamela Anderson mendedahkan bahawa mereka berdua tidak pernah berkahwin secara sah atau rasmi.
“Jangan terasa hati, kami tidak berkahwin, tidak bercerai. Hanya ada sebuah majlis makan-makan yang biasa-biasa sahaja”.
Mungkin sahaja perkahwinan mereka terlalu singkat sehingga tidak sempat didaftarkan. Siapa tahu?

Baca Lagi: Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix

Baca Juga: 5 Filem Komedi Menarik NETFLIX Yang Mungkin Anda Belum Tonton