Home News Bekas YouTuber & Ahli Farmasi Popular Korea Dipenjara Kerana Sebarkan Penyakit Kelamin

Bekas YouTuber & Ahli Farmasi Popular Korea Dipenjara Kerana Sebarkan Penyakit Kelamin

0

Park Seung-jong atau nama glamornya ‘Yakult’ merupakan seorang ahli farmasi dan pernah jadi YouTuber popular Korea yang buat konten tentang kesihatan dan ubat-ubatan.

IMG 20220513 111306 221

Kini dia didapati bersalah kerana menyebarkan penyakit kelamin virus Herpes kepada beberapa orang wanita. Dia turut didakwa kerana melanggar Akta Dalaman Farmasi dan dihukum penjara 8 bulan dan 2 tahun tempoh percubaan.

“Memandangkan tertuduh adalah seorang ahli farmasi, didapati bahawa tindakannya adalah disengajakan,” kata Hakim Kim Min Joo dari Mahkamah Daerah Uijeongbu.

“Disebabkan tertuduh menghidap virus Herpes 2, dan mangsa menunjukkan tanda-tanda awal virus itu, adalah mustahil untuk menafikan hubungan itu.”

Bekas YouTuber dan ahli farmasi itu mencipta nama selepas muncul dalam beberapa program hiburan, termasuk “My Little Television” MBC pada 2019.

1652255732 20220511 yakult2

Park pertama kali dituduh pada 2020 apabila seorang mangsa mendakwa bahawa dia mengabaikan hasratnya untuk menggunakan ‘protection’ semasa melakukan hubungan kelamin. Dia menyaman Park pada bulan Jun tahun itu.

“Yakult tidak mengendahkan hasrat saya untuk menggunakan kondom,” kata mangsa.

“Selepas melakukan hubungan intim dengannya, saya pergi ke hospital kerana berasa tidak sihat dan didiagnosis dijangkiti herpes 2.”

Mangsa menceritakan kisahnya di internet dan sejak itu, Park telah hilang dari pandangan umum.

Sumber: [1],[ 2]