Apabila membeli perabot pastinya kita mengharapkan perabot yang sampai adalah perabot yang masih baru dan bukan yang menjadi display kedai perabot tersebut. Namun lain pula apa yang tular baru-baru ini.
Menerusi video yang tular di media sosial, keluarga ini dikatakan telah ditipu oleh sebuah kedai perabot apabila dia membeli perabot di kedai berkenaan tetapi yang mereka dapat adalah perabot display yang berkeadaan agak teruk. Perabot yang dibeli bukannya murah tetapi berharga RM 5 Ribu lebih.
Beli furniture harga 5k+, dapat barang display. Condition teruk
Staff cakap customer tak mention nak barang baru
daripda kilang sebab tu dapat
barang display
barang lama
Dan apa yang membuat mereka bertambah marah apabila mendengar alasan yang diberikan staff di situ yang mana mereka mengatakan bahawa keluarga tersebut tidak menyebut untuk membeli perabot baharu.
“kalau brg display mna boleh jual harga baru? alasan apa ni”
“kedai perabot mana ni..viral la..kang ada yg jadi mangsa lagi..”
“laaaa siapa2 pun beli brg mesti nk yg baru…melainkan da xde stok tp customer nk jugak wpun yg display..itu lain cite..”
Kedai perabot tersebut terletak di Selayang. Dan ada yang siap meninggalkan nama kedai tersebut di ruangan komen.
“Unitech Home Furniture Sdn Bhd. taman selayang baru”
“dekat roundboard selayang, tepi tu je ada laluan belah kiri naik ke jambatan”
Baca juga : Beli Kambing Online, RM13500 Lesap
Baca juga : Syarikat Perabot Kesal Menaja Drama ‘Snowdrop’, Penaja Lain Turut Tarik Diri
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@grintea : cust ak mintak yang display pun ak tny banyak kali betulke nak..yela diorang beli guna duit kadang kadang kalau jumpa cust yg xberkemampuan
@noor : Tak pernah berlaku ni…Tokey perabot pun pandai spin jugak
@SuriLife : it actually happen to many furniture shop, especially cheap shop
@Adams Amys : pnh kne jugak beli almari baju tibe hntr barng display
@FOUNDER DIAMOND TOMATO : Ni kedai kt tepi jalan tu, hampir nk kena haritu. Masa nk beli meja makan.
@amryyy : aku pun tiap kali cek betul2 bila nk beli perabot ni.tye kedai xnak display nk baru..kalau dpt smpai display aku ckp terus reject
@Hairol Azlan : masa tgok display tu kau selit skit kertas celah sofa ke,nti kt rmh tgok ada x kertas tu
@coi : spatutnya peniaga yg tya nk yg baru atau display..tp stahu sy org nk beli mesti yg baru..lainlah klu cus yg mintak..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram