Home Tech Belia Korea Berhabis Duit Di PC Bang Atau Kafe Siber Daripada Beli...

Belia Korea Berhabis Duit Di PC Bang Atau Kafe Siber Daripada Beli Laptop

0

PC bang adalah kafe siber yang menjadi tempat popular golongan muda-mudi dan kaki game melepak di Korea.

Kebiasaannya mereka bermain game berjam-jam lamanya di situ, malah dikatakan lebih sanggup menghabiskan duit di kafe internet itu berbanding membeli komputer riba sendiri.

main qimg 5073604507f6e97da8695d2428cf4ac6 lq

Hal ini kerana kebanyakan PC bang menyediakan komputer canggih khas untuk bermain permainan video termasuk papan kekunci yang menyala-nyala serta kerusi yang selesa dan internet antara yang terpantas di dunia.

Menurut Korea Herald, kadar bayaran yang dikenakan kepada pelanggan untuk duduk di premis itu adalah sekitar 1,000 won (RM 3.50) per jam.

Sejarah PC Bang

Konsep PC Bang Korea ini diperkenalkan pada 1994. Kemudian meletus sekitar tahun 1997 bersama ledakan internet yang menjadi kegunaan komuniti. Semasa era itu, tidak ramai orang mampu memiliki komputer. Jadi mereka pergi ke kafe internet untuk berkomunikasi secara dalam talian atau menyiapkan kerja di komputer.

Tambahan pula, orang ramai hilang kerja kerana Krisis Kewangan Asia 1997. Jadi ramai yang bekerja sendiri, buka bisnes kafe siber ini kerana ketika itu juga negara sedang dilanda ‘demam’ game PC StarCraft.

Bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, pengusaha PC bangs mula menaik taraf perkhidmatan mereka. Komputer-komputer yang biasa digunakan di pejabat diganti dengan komputer yang boleh menampung permainan video.

https://www.instagram.com/p/B7rxbVslvpk/?utm_source=ig_web_copy_link

Hasilnya, para pemilik PC bangs mula melabur dalam peralatan komputer dan sistem rangkaian. Apa yang mengejutkan, inilah sebabnya mengapa Korea menjadi antara negara yang mempunyai internet paling laju di dunia.

Para penyedia internet buat untung besar daripada PC bang dan banyak melabur bagi mengembangkan pasaran internet di Korea. Kini, kafe internet itu berakar kukuh dalam budaya Korea dan tidak boleh dipisahkan lagi.

Bukan Sekadar Tempat Bermain Game

Kini PC bang bukan hanya sekadar kafe siber, tetapi juga kafe makan minum. Beberapa tahun lepas, menu yang boleh didapati hanyalah mi segera dan snek. Kini mereka tiada beza dengan restoran kerana mereka turut menjual nasi goreng, ayam, hot dog, burger dan kari.

https://www.instagram.com/p/B7s5xWrJ10y/?utm_source=ig_embed&ig_rid=503ebeb0-f6c3-466f-bd8f-2cdea973251f

Ini juga menjadi cabaran kepada pengusaha PC bang kerana bukan sahaja wajib mengurus kafe siber dengan kos penyelenggaraan, tetapi juga kena tahu masak atau mahir dalam selok-belok F&B. Kebanyakannya pegang lesen untuk menyediakan servis gaming dan makanan.

Sumber: [1],[2], [3]