Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok syafikahramli_, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pemandu wanita berasa bengang dengan tindakan sesetengah pekerja ‘flyer’ yang meletakkan ia di cermin hadapan kenderaan. Beliau juga memberi pesanan kepada ‘pekerja’ berkenaan kerana ianya menyusahkan pemilik kenderaan.
Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan ia sememangnya menyusahkan kepada pemilik kenderaan dan boleh merosakkan cermin hadapan kereta berkenaan. Ada juga yang memberi beberapa cara untuk menghilangkan kesan kertas yang melekat pada cermin hadapan kenderaan beliau.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.1M penonton, 34.4K sukaan dan 484 komen.
Baca lagi: Kereta Hampir Dicuri Di R&R, Apa Yang Dialami Suami Isteri Ini Buat Ramai Yang Bimbang
Baca lagi: “Sesikit Nak Salahkan Kereta”-Dua Motor Kemalangan Tetapi Pemandu Kereta Disalahkan
Lihat klip durasi pendek respon pemilik kenderaan ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Hafizal: beli pisau untuk buang wallpaper kak dengan sticker remover
@demanding creature: tambah satu kerja nak kena beli sticker remover , nyusahkan org je
@ZLYANA | RACUN TIKTOK : yang suruh pakai sticker remover tuu!! kalau kena harta benda sendiri pun meroyan weii
@Fifi_Lala: ada org ckp keta park lama hujan panas.. hmm tapi aku parking keta 2 jam je . tak sempat hujan . mmg melekat sbb dia gam
@Hasina: Kan kita pon pernah kene.. Kene bili remover sticker.
@El: Mmgla ble bli..Tp bnda2 bgni ko kena hadap letak kat keta..Stres oo ahah
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram