Buat pertama kali dalam hidupnya, aktres Lee Da-hae, muncul dalam program realiti bagi mendedahkan kehidupan hariannya yang penuh liku.
Menerusi rancangan hiburan TV MBC itu, Da-hae mendapat sebuah bungkusan. Bila buka, rupanya durian dan dia pun pergi membersihkannya. Videonya cuci durian terus viral, lapor portal Newsis.
Media Korea menyifatkan raja buah itu berbau neraka tetapi rasanya syurga. Pengacara di studio tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut mereka, sambil berkata, “Bau durian mesti sedap.”
Da-hae siap bancuh ‘kopi durian’ dan memberi kepada pengurusnya yang teragak-agak untuk minum. Selain itu, aktres tersebut turut menimbulkan kekecohan dengan membawa durian ke studio.
Selepas berjaya mempengaruhi rakan artis untuk cuba buah durian tersebut, ini komen-komen yang diterimanya:
“Baunya macam keju umur 3 tahun.” kata Youngja Lee yang pertama kali makan durian seumur hidupnya.
Yang Se-hyeong berkata, “Ini kali pertama saya cuba durian, dan sedap sangat.”
“Rasa vanila yang melampau-lampau.” komen Song Eun-i, pula.
Sejak itu, kehidupan harian Lee Da-hae mula menarik perhatian ramai. Aktres fasih berbahasa Korea dan Cina itu merakam kegiatannya yang mengikuti kelas tarian dan menjaga anjing.
Sumber: Newsis