Home Entertainment Berbeza Sungguh Wajah Sebenar Yeo Joo Ha Ketua Kelas “Duty After School”

Berbeza Sungguh Wajah Sebenar Yeo Joo Ha Ketua Kelas “Duty After School”

0

Drama siri Korea Selatan iaitu Duty After School sedang hangat dan viral buat masa ini!

IMG 0958

Ramai penonton dan peminat tertarik dengan para pelakon drama ini, salah seorang pelakon yang berjaya mencuri perhatian ramai adalah Yeo Joo Ha iaitu pelakon wanita yang melakonkan karakter Kim Yoo Jung iaitu ketua kelas yang memikul tanggung jawab yang sangat besar dalam drama siri tersebut.

5cbb7732 cbb8 4f27 87bd 777aaf799816Dalam drama siri Duty After School, Yoo Jung digambarkan sebagai seorang pelajar yang pintar, matang, dan sangat bertanggung jawab. Dia sangat prihatin akan keselamatan dan keselesaan rakan-rakan sekelasnya dalam keadaan apa pun.

Kim Yoo Jung dikenali dengan imej rambut pendek dan berkacamata bulat yang membuatnya terlihat genius. Namun dalam kehidupan sebenarnya, pelakon yang bernama Yeo Joo Ha ini mempunyai gaya yang sangat stylish dan orangnya memang sangat pandai berfesyen! Sangat berbeza dengan penampilannya sebagai ketua kelas dalam drama siri Duty After School.

Baca Lagi: 10 Fakta Menarik Moon Sang Min Pelakon “Duty After School”

Jom sama-sama kita lihat beberapa gambar Yeo Joo Ha yang sangat menawan dan menarik seperti di bawah:

1. Dalam drama Duty After School kelihatan comel dan polos sekali menjadi pelajar sekolah kelas 12, Yeo Joo Ha rupa-rupanya dilahirkan pada tahun 1997 dan kini sudah berusia 26 tahun!

c25c8499 58b9 4647 8b46 b51fa5e8f6ee2. Rambut pendek, kacamata bulat, dan wajah tanpa solekan membuatkannya masih terlihat sangat sesuai menjadi pelajar sekolah menengah.

0d56599d e9ae 44f6 ac90 6b514ef8aaee3. Di dunia nyata, Yeo Joo Ha memang suka berdandan! Jika mengintai laman Instagram peribadi miliknya, anda semua bakal disajikan dengan gambar-gambarnya yang memaparkan wajahnya yang natural hinggalah dirinya yang tampil berani dengan solekan yang garang!

8d06ebab e46d 4444 8f0b c856f27994f84. Penampilannya sewaktu berambut panjang sangat berbeza dengan wataknya sebagai ketua kelas dalam Duty After School.

f38610e3 c054 4c32 9a9f 26eaa3f600435. Ada sesiapa yang perasan atau tidak? Sebenarnya Yeo Joo Ha juga turut berlakon dalam drama siri True Beauty? Hebat bukan? Pasti ramai yang terlepas pandang kerana gaya solekan dan watak yang dibawa sangat berbeza sekali!

IMG 14666. Menjadi gadis yang paling bijak dalam kelas 3-2, Yeo Joo Ha memang mempunyai aura dan karisma yang serupa dalam kehidupan nyatanya!

4149b2bd a252 4ac3 98d9 cf61c82e00467. Kacamata bulat yang dipakai dalam drama siri Duty After School merupakan kunci penampilan Yeo Joo Ha dan menjadikan dirinya kelihatan sangat berbeza dari dirinya yang asal. Pujian harus diberikan kepada pasukan kostum dan mekap drama siri ini!

IMG 14688. Selalu buat ramai orang jatuh hati, Yeo Joo Ha juga sering mempamerkan senyumnya yang manis di media sosial. Tidak sama seperti dalam drama yang selalu kelihatan cemas dan juga tegang.

3dfe0113 2681 4ccb a8aa 573832b55630

9. Joo Ha berjaya membuatkan ramai peminat terkejut dengan kehebatannya membawa watak Yoo Jung hingga hampir tidak dikenali ramai! Mendapat sangat banyak pujian!

IMG 146910. Berjaya tampil dengan sangat berbeza, membuatkan para peminat tidak sabar untuk melihat sisi lain Yeo Joo Ha di hadapan kamera! Ramai yang menantikan lebih banyak projek lakonan darinya!

f29b1f27 411f 478e 81a7 af5f1cd56491Yeo Joo Ha lahir dengan nama Choi Moon Jeong, dia lahir di Korea Selatan pada 21 Februari 1997, Yeo Joo Ha saat ini merupakan seorang pelajar jurusan Teater di Universiti Chung Ang. Yeo Joo Ha memulakan debutnya sebagai pelakon drama melalui drama Working Mom, House Daddy yang ditayangkan pada tahun 2016. Dia juga pernah menjadi cameo dalam drama Itaewon Class pada episod 4. Semoga terus cemerlang diucapkan buat Yeo Joo Ha!

Baca Juga: Duty After School Kdrama Terbaru Kisah Pelajar Sekolah Menentang Alien