Home News Beri RM50 Sebulan Untuk Melawa, Lelaki Naik Bosan Dengan Isteri Selepas Melahirkan...

Beri RM50 Sebulan Untuk Melawa, Lelaki Naik Bosan Dengan Isteri Selepas Melahirkan Anak Pertama

0

Setiap wanita pasti menginginkan agar dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.

Paras rupa atau ‘poket tebal’ bukanlah menjadi peranan utama semata-mata, namun bagi bagi wanita cukup sekadar lelaki tersebut setia dan saling menerimapasangan seadanya di samping tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami tetapi tidak semua perkahwinan yang diimpikan disirami dengan kebahagiaan.

Dalam kes tersebut yang dibawa ke mahkamah, si suami meluahkan perasaannya yang sudah bosan dengan isteri yang baginya sudah tidak menarik seperti dahulu.

“Aku baru kahwin dua tahun dengan isteri aku, Tahun pertama memang bahagia gila. Masuk tahun kedua selepas isteri aku beranak anak pertama, aku jadi macam bosan dengan isteri aku”

Baca lagi: 10 Tahun Isteri Sakit, Suami Nak Kahwin Lain Untuk Kurangkan Beban Isteri “Layan” Suami

Baca lagi: Rakaman Kereta Mengundur Rempuh Kedai Makan Raih Perhatian

Screenshot 2023 08 27 163829
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

“Lagi-lagi aku tengok dia tak ada langsung nak jaga badan, jaga kecantikan sedangkan tiap-tiap bulan aku bagi RM50 dekat dia. Boleh saja kalau dia nak beli apa-apa untuk melawa”

Bahagian yang dikecapi hanya seketika sebelum perkahwinan bertukar menjadi hambar kerana pelbagai faktor antaranya pasangan berubah sikap.

Kisah yang dikongsikan oleh konsultan keluarga, Dhalia Shah mengenai satu pasangan suami isteri, benar-benar membuka mata ramai mengenai realiti alam perkahwinanuntuk dijadikan sebagai pengajaran bersama.

Menurut beliau, situasi itu membuatkan sikapnya turut berubah menjadi pemarah dan cepat melenting. Namun lebih mengejutkan, lelaki tersebut terfikir untuk mencari isteri baharu bagi memenuhi kehendaknya.

Screenshot 2023 08 27 164002
(Gambar hiasan)

“Kadang-kadang aku ada fikir nak cari seorang lagi. Aku rasa aku mampu, gaji pokok tambah dengan elaun lebih masa dalam RM1,500 macam tu”

Perkongsian kisah tersebut ternyata mengundang rasa geram dan amarah netizen dengan rata-ratanya mengecam lelaki berkenaan yang disifatkan tidak ‘mengukur baju pada badan sendiri’.

Netizen turut memberi komen mengenai kisah ini, mengatakan nilai yang lelaki tersebut beri kepada isteri sememangnya tidak mencukupi seperti mana beliau minta untuk mencantikkan diri untuk si suami. Ada juga yang memberi kecaman yang teruk pada lelaki ini yang dikatakan ‘tidak sedar diri’, tentang kemampuan kos yang perlu ditanggung jika beliau mengahwini wanita lain.

Semoga info ini diambil ikhtibar dan mengambil sebagai pengajaran buat kita semua.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Info Rakyat