Pada 6 petang pada 12 April (KST), gadis rookie YuA mengeluarkan MV pertamnya yang bertajuk “I Like That”. YuA secara rasmi telah menjadi penyanyi.
Nama sebenarnya ialah Han Yoo Ah, kini merupakan artis eksklusif di bawah naungan YG KPlus – salah satu anak syarikat YG.
Menariknya YuA sebenarnya tidak wujud. Idola wanita ini adalah produk teknologi ‘artificial intelligence’ (AI), tetapi berorientasikan pada keperibadian, penampilan, dan bertindak seperti idola yang “sebenar”.
YG berkata bahawa pada masa hadapan, YuA akan memasuki banyak bidang lain seperti radio, televisyen, pengiklanan, dan lain-lain lagi.
Dalam MV pertamanya itu, imej YuA adalah muda, dinamik, feminin dan manis. Dia juga menunjukkan kemahiran menarinya yang tidak kalah dengan penari latar.
Bagaimanapun, beberapa netizen mengulas bahawa melodi dan konsep “I Like That” mengingatkan mereka kepada IZ*ONE.
Selain itu, wajah dan gaya rambut pendek itu mengingatkan peminat akan Eunjung T-ara. Tidak pasti sama ada ini hanya spekulasi daripada netizen atau adakah YuA benar-benar mempunyai role model?
Baca lagi: Tidak Tunjuk Muka, Peminat Tetap ‘Wow’ Dengan Gaya Terkini G-Dragon
Baca lagi: Single’s Inferno 2 Bakal Kembali Dengan Lebih Panas, Bagaimana Para Peserta Direkrut
T-ARA Eunjung
Antara komen netizen:
Muka dia macam Eunjung (T-ara)
Saya ingin melihat pemilik sebenar suara ini.
Dia kelihatan seperti T-ara Eunnjung
Saya rasa saya tidak boleh minat YuA. Dia terlalu sempurna…
Lagunya mempunyai ‘vibe’ yang sama seperti muzik IZ*ONE
Sekali pandang saya fikir dia benar-benar wujud.
Sumber: [1]