Home Entertainment ‘Bersaing Dalam Diam’ Pandangan LE SSERAFIM Sakura Untuk IVE Jang Wonyoung Menarik...

‘Bersaing Dalam Diam’ Pandangan LE SSERAFIM Sakura Untuk IVE Jang Wonyoung Menarik Perhatian Netizen

0

Perbalahan antara ahli? Berikutan mini-reunion IZ*ONE di Music Bank, pandangan LE SSERAFIM Sakura pada IVE Jang Wonyoung menarik perhatian atas sebab INI.

LE SSERAFIM, yang membuat kemunculan semula dengan album baharu, “ANTIFRAGILE” pada 17hb terus mempromosikan keluarannya di pelbagai rancangan muzik.

LE SSERAFIM Sakura's Gaze For IVE Jang Wonyoung Draws Attention– Here's Why

Pada 28 Oktober, kumpulan itu muncul dalam program hiburan KBS 2TV, “Music Bank.”

Pada hari tersebut, kumpulan itu dicalonkan untuk tempat pertama, namun telah dikalahkan dengan lagu “Nxde” (G)I-DLE.

Walaupun gagal merangkul trofi tempat pertama, peminat K-pop, terutamanya WIZ*ONE (fandom IZ*ONE) masih merasakan ianya satu kemenangan selepas mini-reunion ahli.

Dispatch Reveals 2 IZ*ONE Members Had No Intentions Of Agreeing To A Reunion And The Truth To Their Relaunch Project - Koreaboo

Khususnya, LE SSERAFIM yang dianggotai oleh bekas IZ*ONE Sakura dan Kim Chaewon melakukan temu bual dengan MC rancangan itu, IVE Jang Wonyoung, yang juga bekas ahli IZ*ONE.

Selain itu, Huh Yunjin, yang menyertai “Produce 48” Mnet bersama mereka turut hadir. Perjumpaan semula yang tidak dirancang itu telah membuat peminat berasa gembira

Antara penampilan mereka yang dikongsi, yang paling mendapat perhatian peminat ialah Sakura yang tertangkap memandang IVE Jang Wonyoung.

LE SSERAFIM Sakura's Gaze For IVE Jang Wonyoung Draws Attention– Here's Why

Bintang berusia 24 tahun itu menunjukkan rasa terujanya apabila melihat idola yang berusia 18 tahun itu dengan merenungnya dengan penuh kasih sayang dan tersenyum, seolah-olah berbangga dengan pencapaiannya termasuk tugas sebagai MC.

Seiring dengan itu, interaksi itu menjelaskan khabar angin bahawa mereka tidak baik antara satu sama lain disebabkan persaingan yang kuat adalah palsu.

Dalam konteks, ketika mereka masih mempromosikan sebagai IZ*ONE, Jang Wonyoung, yang merupakan ‘centre’ kumpulan manakala Sakura, visual kumpulan itu yang paling popular di kalangan ahli. Disebabkan ini, mereka sentiasa menjadi tumpuan.

Baca lagi: Peminat Risau Tengok Benjolan Di Leher Jisoo BLACKPINK

Baca lagi: Adakah LE SSERAFIM Yunjin Menjalani Pembedahan? Perubahan Bentuk Wajah Menimbulkan Pelbagai Spekulasi

LE SSERAFIM Sakura's Gaze For IVE Jang Wonyoung Draws Attention– Here's Why

Satu insiden kemudian berlaku apabila Jang Wonyoung menolak dirinya untuk berada di tengah dan hampir membuat Sakura terjatuh.

Netizen yang berniat jahat kemudian mendakwa bahawa Wonyoung kecewa kerana tumpuan telah diberikan kepada Sakura, dan terdapat persaingan dalam diam antara kedua-duanya.

Dengan interaksi ini, peminat membuat kesimpulan bahawa ia hanya salah faham yang berlaku sebelum ini dan mereka masih baik sehingga kini.

protectSAKURA': LE SSERAFIM Fans Demand Source Music to Take Legal Action | KpopStarz

Pada masa ini, Sakura semakin popular sebagai centre LE SSERAFIM dan dipuji kerana kemahiran menari dan menyanyinya yang semakin baik.

IVE Jang Wonyoung's Way of Standing Causes Confusion — Here's Why | KpopStarz

Bagi Jang Wonyoung, dia membuat debut semula sebagai centre IVE dan telah mendapat banyak pujian dari segala aspek, daripada menjadi idola, MC, model dan duta.