Home News Bertarung Dengan Kanser, YouTuber Korea Kkuming Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Peminat Di...

Bertarung Dengan Kanser, YouTuber Korea Kkuming Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Peminat Di Video VLOG Terakhirnya

0

Pada 20 Mei, YouTuber Kkuming memuat naik satu post di Instagramnya mengatakan dia sangat gembira kerana terdapat artikel berita yang telah diterbitkan mengenai dirinya.

Kkuming ialah YouTuber Korea Selatan yang sedang bertarung nyawa dengan kanser ovari dan telah memuat naik video dan vlog tentang kehidupan hariannya dan perjuangannya dalam menentang kanser.

Dia telah menerima banyak kasih sayang daripada penonton kerana semangat yang ditunjukkan di dalam videonya walaupun sedang menderita kanser.

1653084188 image

Dalam catatan Instagram terbarunya, Kkuming berkongsi dengan peminatnya beberapa tangkapan skrin tentang artikel berita yang diterbitkan mengenainya dan berkongsi betapa teruja dan kagumnya dia.

Artikel berita itu diterbitkan selepas Kkuming memuat naik Vlog terakhirnya di saluran YouTubenya, kerana keadaannya yang semakin teruk.

1653084305 image

Dalam vlog yang dimuat naiknya pada 19 Mei, YouTuber itu berkongsi, “Saya meninggalkan video ini kerana saya rasa lebih baik saya ‘post’ satu video terakhir sebelum saya pergi. Minggu lepas saya okay tetapi keadaan saya (minggu ini) tidak baik. Saya diberitahu yang saya hanya boleh bertahan seminggu atau sebulan.”

Kkuming mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya sambil berkata, “Mari kita berjumpa di kehidupan seterusnya. Saya mahu dilahirkan semula dan saya mahu mencapai 1 juta tontonan. Terima kasih. Dan Selamat Tinggal.”

https://www.instagram.com/p/CbSiWLElNrc/

Sementara itu, Kkuming disahkan menghidap kanser ovari tahap 4 pada 2020 di usia 21 tahun.

Sumber: [1]