Home Entertainment Berusia 14 Tahun, Park Boeun CLASS:y Minum Susu Formula Bayi Kerana Ingin...

Berusia 14 Tahun, Park Boeun CLASS:y Minum Susu Formula Bayi Kerana Ingin Menjadi Lebih Tinggi? Penonton ‘Cringe’ Tengok!

0

CLASS:y mendapat pelbagai tindak balas daripada penonton selepas seorang ahli kumpulan berusia 14 tahun Park Boeun mendedahkan dia minum susu formula bayi untuk menjadi lebih tinggi.

Pada episod 14 Mei MBC ‘The Manager’, kumpulan gadis rookie CLASS:y dan bekas ahli DIA dan pengurus kumpulan Cho Yi Hyun membuat penampilan sebagai tetamu.

allkpop 1650079413 fnuz8vmucau qib 1

Pada hari itu, mereka berkongsi bagaimana mereka sedang bersiap sedia untuk penampilan sulung rasmi kumpulan itu selepas tamat rancangan survival ‘My Teen Girl’.

Di dalam episod itu, pengurus mereka Cho Yi Hyun telah menyediakan makanan mereka secara asing demi menjaga berat badan sebelum debut.

Walaupun gadis-gadis itu menunjukkan bahawa mereka menjalani diet yang ketat, bagaimanapun, mereka juga menunjukkan bahawa mereka mengambil multivitamin kanak-kanak dan salah seorang ahli juga minum susu formula bayi untuk menjadi lebih tinggi.

Tidak lama selepas siaran itu, ramai penonton menyatakan bahawa sama ada diet mereka itu benar atau rekaan semata. Keseluruhan konsepnya adalah pelik dan menyeramkan.

1652634253 1652614193218510

Beberapa komen netizen adalah:

“Jadi memandangkan mereka masih membesar mereka perlu minum susu formula bayi dan mengambil vitamin kanak-kanak tetapi mereka masih perlu mengehadkan pengambilan kalori mereka lol Dekat mana logik dia smh”

“Um…formula bayi padat dengan kalori apa yang mereka fikirkan”

“Ini sangat menyeramkan.”

“Teruknya skrip. Saya tak mampu nak tengok”

“Saya tidak percaya saya menonton ini pada tahun 2022.”

“Saya tahu dia masih kanak-kanak tetapi dia bukan bayi.”

Baca Lagi: Food Panda Thailand Kehilanggan 2 Juta Pengguna Dan 90, 000 Peniaga Hanya Kerana Kesilapan Yang Satu Ini.

Baca Lagi: “Saya Akan Bunuh Awak,” Yujeong Brave Girls Diugut ‘Haters’ Dan Digelar Bab1

Sumber: [1]