Duit lama boleh dijual dengan harga lumayan kerana ada ramai ‘broker’ yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.
“Siapa ada duit kertas RM1 lama jualkan kepada kami, kami disini berbesar hati untuk membeli wang ringgit lama tersbeut dengan harga sekeping RM12,000 mengikut keadaan wang tersebut tanpa koyak. Duit lama boleh dijual dengan harga yang lumayan kerana ada ramai broker yang sanggup membelinya dengan harga yang tinggi”
Sudah pasti ramai yang tertarik apabila membaca kapsyen yang tertulis seperti diatas, ditambah lagi dengan gambar yang digunakan untuk menarik perhatian anda.
Wang kertas seringgit di atas sudah pastinya dimiliki oleh hampir kebanyakkan orang di Malaysia. Jadi secara tidak langsung, anda mesti nak tahu betulkah kertas 1 Ringgit ini boleh di jual pada harga RM12,000?
Inilah yang biasanya dilakukan oleh blogger-blogger bukan numismatik dan juga page-page Facebook, menarik perhatian anda untuk meninggalkan komen, like atau share artikel mereka.
Betul ke duit kertas RM1 lama ini bernilai RM12,000? Ini Jawapannya
Gambar yang digunakan di atas adalah milik akhbar online Mstar, yang disiarkan pada tahun 2014 yang lalu. Orang di dalam gambar tersebut adalah Encik Syed Alwi Syed Omar yang menunjukkan wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Cerita mengenai gambar tersebut diubah banyak kali oleh admin-admin blog dan pages Facebook yang tidak beretika ini semata-mata untuk mengejar pembaca blog atau pages Facebook. Tiada ada pun disebut wang kertas seperti di atas boleh dijual pada harga RM12,000 didalam artikel asalnya.
Wang kertas RM1 seperti didalam gambar tersebut tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah RM12,000 kecuali atas sebab-sebab numismatik (contohnya: solid numbers, wang gantian pertama dll). Walaupun bagaimanapun, jika wang kertas anda itu buruk, kotor dan berlipat jangan haraplah nak dapat harga RM12,000.
Wang kertas 1 Ringgit yang bernilai tinggi yang dimaksudkan oleh warga numismatik adalah wang 1 Ringgit Aishah atau wang kertas ditandatangani oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.
Kalau ada yang beli dengan harga sebegitu, kira rezeki anda lah. Namun ada juga yang hanya ingin menyimpan duit lama sebagai koleksi di rumah.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang