Home K - Pop Bibir Kelihatan Mungil, Hyuna Dituduh Buat Pembedahan Plastik. Ini Jawapan Balas Beliau

Bibir Kelihatan Mungil, Hyuna Dituduh Buat Pembedahan Plastik. Ini Jawapan Balas Beliau

0

Ramai sedia maklum, bukan saja Selebriti, bahkan rakyat Korea gemar untuk membuat pembedahan plastik untuk tampak lebih cantik dan tampan.

Sungguhpun pembedahan kosmetik ini bukan lagi isu besar buat masyarakat Korea, namun masih ramai lagi selebriti atau pun orang biasa berahsia bahawa mereka berubah kerana menggunakan teknik ini.

Bagaimanapun, bagi Selebriti di Korea, mereka seakan tidak boleh mengelak dan berselindung lagi apabila peminat lebih pakar dalam menilai sama ada artis berkenaan mengambil pembedahan plastik mahu pun tidak.

Oleh itu, banyak program TV di Korea berjaya mendedahkan serta mendapatkan pengakuan rasmi dari beberapa Selebriti Korea yang mengambil pembedahan plastik. Ada juga diantara mereka menjadi juru cakap pusat pembedahan kosmetik di Korea.

Terbaharu adalah penampilan penyanyi HyunA menarik perhatian netizen apabila bentuk bibirnya dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelum ini.

Ada yang membuat spekulasi HyunA telah melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan bahagian tersebut sehingga ia kelihatan lebih mungil.

bw271

Menurut laporan Koreaboo, foto terbaharu HyunA yang tular di media sosial itu dirakam semasa dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Tidak mahu netizen terus membuat spekulasi berhubung isu tersebut, Hyuna menerusi Instagram memuat naik kenyataan mengenai perkara itu.

” Saya tak solek bahagian mata dan telah menanda lebih pada bahagian luar garis bibir.

” Mekap saya gunakan ada masanya kelihatan tebal dan ada masa hanya mekap nipis dan saya suka kelihatan berbeza setiap waktu.

” Saya seronok dapat mengubah penampilan apabila berada di mana-mana program, tapi saya tak suka komen jahat yang ditulis di laman sosial,” katanya.

Sebelum itu, agensi yang menguruskan Hyuna iaitu P-Nation telah membuat penafian berkaitan isu ini.

” Perlu ke kami sahkan tentang sesuatu perkara seperti perubahan bibir? Baiklah… kami akan cuba sahkan pada kalian nanti,” kata wakil agensi tersebut.

bw267

Hyuna (Kim Hyun-ah) dilahirkan pada 6 Jun 1992, memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan Wonder Girls pada Februari 2007.

Hyuna kemudiannya menyertai kumpulan gadis 4Minute, di bawah Cube Entertainment pada bulan Jun 2009 dan menjadi salah satu kumpulan paling popular di Korea.

Pada 27 Januari, 2019, Hyuna menandatangani kontrak dengan P-Nation, sebuah agensi baru yang diasaskan oleh Psy sejak beliau meninggalkan YG Entertainment pada Mei 2018.

Gosip tentang percintaan pula, Hyuna mendedahkan bahawa dia telah berpacaran dengan bekas ahli Pentagon E’Dawn sejak Mei 2016.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: mstar