Untuk pengetahuan anda, arus elektrik masih berjalan walaupun peralatan tersebut tidak digunakan. Jadi kami ingin kongsikan dengan anda 5 jenis peralatan elektrik yang masih menelan tenaga walaupun tidak digunakan selagi plug masih bersambung dengan soket.
Mungkin lepas ini anda perlulah lebih kerap untuk mencabut plug peralatan tersebut jika tidak digunakan tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu.
1) Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa
108 W sehari, mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan dungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya di dapur dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan.
2) Komputer/Laptop
Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket elektrik.
Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Memang membazir dan jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau Laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket.
3) Dekoder TV Digital
Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekoder TV. Televisyen dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekoder, nanti senang nak buka televisyen hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.
Tapi tahukah anda, dekoder yang tidak ditutup walaupun televisyen juga tak dibuka menggunakan tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.
4) Televisyen
Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug televisyen daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekoder tadi, dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.
5) Charger Handphone
Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah beberapa tahun sudah anda menggunakan telefon.
Mungkin ada yang berfikir bahawa jumalh-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil, dan satu lagi ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.
Sentiasa berjimat semasa menggunakan peralatan elektrik di rumah.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA