Baru-baru ini tular gambar orang ramai beratur panjang di sebuah restoran dalam komuniti dalam talian Korea.
Semuanya kerana penangan pelakon Song Kang. Netizen yang memuat naik foto tersebut berkata, ‘Saya rasa lelaki berpelitup muka itu ialah Song Kang, tapi tak cukup berani nak tegur.’
Selepas foto itu tersebar di internet, orang ramai menyerbu restoran berkenaan kerana menyangka aktor popular itu turut pernah beratur di dalam barisan.
Ketika Song Kang meluangkan masa dengan peminatnya secara live, salah seorang peminatnya meninggalkan komen seperti berikut:
‘Mesti susah awak nak makan di restoran itu hari ni. Ia sangat popular selepas awak pergi sana, barisan beratur makin panjang sekarang.’
‘Saya pernah dengar cerita yang kononnya saya melawat restoran itu, tetapi sebenarnya saya tak pernah pergi pun sebelum ni… malah saya tak tahu pun kat mana tu. Bagus tak tempat tu? Kalau bagus saya nak pergi cuba juga.’ balas Song Kang.
Ketika peminatnya menunjukkan ‘gambarnya’ sedang beratur, pelakon itu terus berkata, ‘Eh, bila masa pula saya pergi ke sana? Betul ke tu saya? What the…’
Melihatkan reaksi Song Kang yang blur, para peminat beranggapan mungkin lelaki itu betul-betul tidak tahu menahu dan netizen yang memviralkan foto tersebut tersilap orang.
Mengenai hal itu, agensi pengurusan Song Kang turut memberikan maklum balas rasmi yang berbunyi:
“Seperti yang Song Kang katakan sendiri, dia tidak tahu tentang restoran ini. Kami percaya pemuat naik foto itu tersilap lelaki lain sebagai Song Kang, tetapi post itu sudah viral.”
Sumber: [1]