Kedengaran pelik tetapi itu yang berlalu kepada penyanyi Billie Eilish apabila diumumkan sebagai selebriti dengan pakaian paling buruk ketika menghadiri Anugerah Oscar 2022 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Dalam acara tersebut,penyanyi berusia 20 tahun itu mengenakan gaun Gucci serba hitam yang dianggap buruk oleh sesetengah pengkritik fesyen.
Artikel berkaitan: Chris Rock Tahan Malu Ditampar Will Smith Secara ‘Live’ Di Oscar 2022 Gara-Gara Mengejek Rambut Botak Isterinya
Artikel berkaitan: Buat Pertama Kali Di Oscar, Seorang Pelakon Menerima Anugerah Itu Tanpa Tepukan
Tidak berdiam diri, pelantun lagu Happier Than Ever itu menjawab komen seorang pengguna Twitter yang mengecam gaun yang digayakannya.
“Saya tidak suka melakukannya (mengkritik) tetapi inilah pakaian paling buruk menurut saya di Oscar,” ujar pengguna Twitter tersebut.
Eilish ketika menjawab kritikan tersebut memberitahu, dia tidak kisah dengan gelaran yang diberikan individu tersebut kerana tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
“Saya belum pernah muak menjadi ‘kotor’. Silakan terus memberi kecaman anda kepada saya,” jawab penyanyi itu bernada sinis.
Sumber: [1]