Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Binge Watch 15 Drama Korea Terbaik Ini di Netflix

Binge Watch 15 Drama Korea Terbaik Ini di Netflix

0

Buat anda yang mungkin sedang bosan, anda boleh cuba “binge-watch” atau menonton semula drama Korea untuk mengusir rasa kebosanan tersebut!

Sangat sesuai untuk ditonton, lima belas drama Korea di Netflix berikut ini boleh menghilangkan rasa bosan anda kerana jalan cerita yang ditampilkan adalah sangat menarik dan mengujakan!

1. Mr. Sunshine

Tahun: 2018
Pelakon: Lee Byung-hun, Kim Tae-ri, Yoo Yeon-seok
Episod: 24

Mr. Sunshine adalah drama Korea saeguk bergenre romantik melodrama yang disiarkan di TVN pada 2018. Siri ini merupakan drama Korea pertama Kim Tae Ri sebagai pelakon utama. Mr Sunshine mengambil latar masa feudal sewaktu Korea dijajah oleh Jepun.

Eugene Choi (Lee Byung Hun) merupakan Kapten Tentera Amerika yang ditempatkan di Korea. Sewaktu masih berusia 9 tahun, dia merupakan hamba yang memutuskan untuk lari dengan menaiki kapal perang Amerika.
Sementara itu, wanita yang disukainya, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) adalah seorang bangsawan yang sangat mencintai Joseon.

Dia diam-diam belajar menembak walau sudah dilarang oleh datuknya. Oleh kerana sangat mencintai tanah kelahirannya, Ae Shin turut sama berjuang untuk mempertahankan Joseon. Selain sentuhan konflik politik dan plot yang menyedihkan, drama ini juga menunjukkan kisah cinta romantik

Baca juga: ‘Squid Game’ Akan Berakhir Dengan Musim 3, Musim ke 2 Akan Ditayangkan pada 26 Disember 2024 di Netflix

2. Crash Landing on You

Tahun: 2019
Pelakon: Hyun Bin, Son Ye-jin, Seo Ji-hye
Episod: 16

Drama korea

Seorang gadis Korea Selatan secara tidak sengaja masuk ke Korea Utara, dimana dia bertemu dengan seorang pegawai tentera yang tabah yang memutuskan untuk membantunya pulang, membawa kepada percintaan terlarang yang menentang sempadan politik. Mereka menghadapi ancaman di sekeliling hubungan mereka yang sangat sukar. Kisah penuh romantik dengan pelbagai rintangan yang sukar, tapi cinta mereka tetap utuh!

 

3. Hotel del Luna

Tahun: 2019
Pelakon: IU, Yeo Jin-goo, Shin Jung-keun
Episod: 16

Hotel Del Luna merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda Jang Man-wol (IU) dan Goo Chan-sung (Yeo Jin-goo). Drama ini mengisahkan sebuah hotel yang memberi perkhidmatan kepada orang mati. Jang Man-Wol adalah CEO hotel yang telah ditakdirkan untuk menjalankan perniagaan tersebut kerana dosa yang dilakukannya.

 

4. It’s Okay to Not Be Okay

Tahun: 2020
Pelakon: Kim Soo-hyun, Seo Yea-ji, Oh Jung-se
Episod: 16

Drama ini menceritakan tentang Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), seorang staff kesihatan masyarakat di hospital mental. Dia sangat bijak, sangat baik dengan orang lain, dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Sayangnya, di sebalik kesempurnaan tersebut, dia memiliki trauma masa lalu kerana ibunya dibunuh oleh seorang psikopat.

Sementara itu, Ko Moon-young (Seo Yea-ji) adalah penulis popular yang menderita penyakit gangguan keperibadian antisosial, tampak sangat egois, sombong, dan kasar. Ketika kedua-dua mereka bertemu, mereka berdua jatuh cinta, menemui jiwa dan identiti mereka masing-masing dalam proses tersebut.

 

5. Twenty Five Twenty One

Tahun: 2022
Pelakon: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji-yeon
Episod: 16

Drama Korea ini dibintangi oleh Kim Tae-Ri dan Nam Joo-Hyuk. Drama ini menceritakan tentang perjuangan seorang anak muda yang berusaha menggapai cita-citanya. Fokus utama pada watak Ha Hee-Do dan Back Yi-Jin yang saling jatuh cinta Ketika kedua-duanya menjalin persahabatan. Na Hee-Do bercita-cita mahu menjadi pemain pedang terbaik di Korea. Dia memutuskan untuk berpindah sekolah dan mengasah kebolehannya dalam bermain pedang. Sementara itu, Back Yi-Jin merupakan anak konglomerat yang baru sahaja terpalit masalah kerana keluarganya muflis.

 

6. Start-Up

Tahun: 2020
Pelakon: Bae Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho
Episod: 16

Dalam drama yang ditayangkan pada tahun 2020 ini, Seo Dal-mi (Bae Suzy) adalah seorang ahli perniagaan wanita yang sangat bijak dan bercita-cita tinggi. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi ‘Steve Jobs’ di Korea Selatan. Seo Dal-mi menggunakan kebijaksanaannya untuk mencari pendapatan melalui perniagaan yang sedang diusahakan olehnya. Keramahan dan semangat Seo Dal-mi mampu membuatkan rakan sepasukan kagum dan selesa bekerja dengannya.

 

7. Extraordinary Attorney Woo

Tahun: 2022
Pelakon: Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young
Episod: 16

Woo Young Woo (Park Eun Bin) lahir sebagai anak yang menghidap autisme. Walau begitu, ayahnya menyedari bahawa sejak kecil Young Woo gemar membaca terutamanya buku undang-undang dan pandai menghafal. Oleh sebab itu, Young Woo dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Seoul dalam jurusan undang-undang dan kini dia bekerja di salah sebuah firma guaman terbesar di Korea. Young Woo juga memiliki otak yang sangat cerdas dalam menyelesaikan kes yang diterima.

 

8. Itaewon Class

Tahun: 2020
Pelakon: Park Seo-jun, Kim Da-mi, Yoo Jae-myung
Episod: 16

Drama Korea Itaewon Class mengikuti kisah Park Sae-ro-yi, seorang pelajar sekolah menengah yang menghadapi kesan dan akibat selepas memukul seorang rakan sekelas yang merupakan anak kepada CEO perniagaan restoran besar. Kerana insiden ini, dia diusir dari sekolah dan ayahnya hilang pekerjaannya. Sayangnya, ayahnya kemudian meninggal dunia dalam sebuah kemalangan yang melibatkan anak CEO tersebut. Akibatnya, Sae-ro-yi bersumpah untuk membalas dendam dengan membuka sebuah bar di Itaewon bersama kawan-kawannya dan bersaing dengan restoran tersebut.

 

9. Sky Castle

Tahun: 2018
Pelakon: Yum Jung-ah, Lee Tae-ran, Jeong Jun-ho
Episod: 20

Drama Korea Sky Castle menceritakan mengenai kumpulan ibu bapa dan anak-anak mereka yang tinggal di komplek elit yang dikenali sebagai Sky Castle. Semua yang tinggal di sini adalah doktor-doktor dan profesor lulusan 3 universiti terbaik di Korea iaitu Seoul National University (SNU), Korea University dan Yonsei University.

Drama Korea ini memaparkan isu-isu menarik tentang masyarakat Korea, terutamanya mengenai sistem pendidikan di Korea Selatan yang sangat kompetitif. Dengan jalan cerita yang sukar diagak, anda dapat merasakan sukarnya bersaing dan beratnya tekanan yang perlu dipikul oleh para pelajar di Korea Selatan.

 

10. Squid Game

Tahun: 2021
Pelakon: Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Wi Ha-jun
Episod: 9

06d16f49 b3d3 42b5 bbc4 0a44c8ffa775

Squid Game menceritakan tentang perjuangan ratusan peserta yang berusaha memenangi hadiah sebanyak 45.6 billion won dengan bermain permainan kanak-kanak yang membawa maut demi untuk melunaskan hutang mereka. Para peserta perlu mempertaruhkan nyawa mereka kerana setiap permainan mengandungi helah licik yang berbahaya.

Drama Korea ini menampilkan para pelakon hebat Korea seperti Lee Jung Jae, park Hae Soo, Wi Ha Joon, serta Lee Byung Hun dan juga Gong Yoo dengan penampilan istimewa.

 

11. Kim’s Convenience

Tahun: 2021
Pelakon: Paul Sun-Hyung Lee, Jean Yoon, Andrea Bang, Simu Liu
Episod: 13

Ini bukan drama Korea tradisional yang biasa dari Korea Selatan, drama ini membawa kelainan. Kisahnya mengikuti sebuah keluarga Korea-Kanada dan kedai serbaneka milik mereka, dengan segala kacau bilau dan pertembungan budaya yang datang menghimpit mereka. Filem ini dibintangi oleh Simu Liu sebagai anak lelaki yang terasing yang bernama Jung, Andrea Bang sebagai kakaknya iaitu Janet, Jean Yoon sebagai Umma (ibu) dan Paul Sun-Hyung Lee sebagai Appa (ayah).

 

12. Law School

Tahun: 2021
Pelakon: Kim Myung-min, Kim Beom, Ryu Hye-young
Episod: 16

Law School merupakan drama Korea yang dibintangi oleh Kim Myung Min, Kim Bum, Ryu Hye Young, dan Lee Jung Eun sebagai pelakon utama. Dalam drama siri ini Go Yoon Jung membawa watak sebagai Jeon Ye Seul. Drama siri yang ditayangkan pada 14 April 2022 ini menceritakan tentang Yang Jong Hoon (Kim Myung Min), seorang profesor undang-undang jenayah dan bekas pendakwa raya elite. Dia menemui sesuatu yang menarik dari cara pengajarannya yang ketat dan penolakan junior yang bukan merupakan orang terbaik.

13. Vincenzo

Tahun: 2021
Pelakon: Song Joong-ki, Jeon Yeo-been, Ok Taec-yeon
Episod: 20

Park Joo Hyeong (Song Joong Ki) telah diambil sebagai anak angkat pada usia 8 tahun oleh sebuah keluarga Itali. Beberapa dekad berlalu, dia dikenali sebagai Vincenzo Cassano dan diambil bekerja oleh keluarga mafia sebagai penasihat Kerana kumpulan mafia sering berperang, dia berpindah dan terbang ke Korea Selatan. Ini adalah titik permulaan di mana dia terlibat dengan peguam Hong Cha Young (Jeon Yeo Been), seorang peguam yang akan melakukan apa sahaja untuk memenangi setiap kes.

Selepas kembali ke tanah airnya, dengan tanggungjawab yang dipikulnya, Vincenzo mempertahankan pendiriannya iaitu menegakkan keadilan. Lawannya bukan calang-calang, iaitu golongan chaebol yang menggunakan kaedah licik untuk membuatkan Vincenzo kalah.

 

14. Bloodhounds

Tahun: 2023
Pelakon: Woo Do-hwan, Lee Sang-yi, Huh Joon-ho
Episod: 8

IMG 6453

Gun-Woo dan Woo-Jin adalah dua peninju muda yang mengikat tali persahabatan semasa mereka bertembung di gelanggang. Tidak lama kemudian mereka memutuskan untuk bersatu untuk membalas dendam dan mendapatkan keadilan kerana seorang lintah darat telah mengambil kesempatan ke atas ibu Gun-woo, menghancurkan kedainya, dan mencacatkan wajah Gun-woo. Api dendam makin marak apabila orang-orang yang rapat dengan mereka mati dibunuh!

 

15. The King: Eternal Monarch

Tahun: 2020
Pelakon: Lee Min-ho, Kim Go-eun, Woo Do-hawn
Episod: 16

Drama Korea The King: Eternal Monarch bukan hanya mempunyai watak utama wanita yang fenomenal dalam diri Jeong Tae-eul (Kim Go-eun), tetapi juga penuh dengan babak aksi yang memukau. Tema dalam Kdrama ini menampilkan kisah unik dunia paralel, dan juga merupakan salah satu kisah penjelajahan waktu yang unik.

Raja sekarang menyaksikan pembunuhan ayahnya sewaktu dia masih kecil di tangan bapa saudaranya. Dia menemui pintu masuk ke dunia paralel dan menggunakannya untuk menghentikan bapa saudaranya dari mengumpulkan tentera.

Selain 15 drama Korea yang disenaraikan diatas, terdapat puluhan drama lain dan juga mungkin mencecah ratusan yang boleh anda dapati dalam platform penstriman Netflix. Jadi, jangan lupa cari dan tonton ya?

Baca lagi: Masihkah Anda Ingat? 7 Filem Seram Asia pada Awal Tahun 2000 yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman
Baca juga: 7 Drama Korea Tema Dinasti Joseon dari Kisah Benar, Memberi Inspirasi, Ada juga Mempunyai Nasib Tragis