Home Bollywood/India Binge Watch 7 Filem Jenayah Thriller India 2024 Ini, Pelbagai Kes Pembunuhan

Binge Watch 7 Filem Jenayah Thriller India 2024 Ini, Pelbagai Kes Pembunuhan

0

Do Patti merupakan filem jenayah thriller India yang disiarkan di Netflix sejak 25 Oktober 2024.

Filem jenayah thriller tersebut menandakan debut Bollywood bagi Shaheer Sheikh dan debut penerbitan bagi Kriti Sanon. Selain Shaheer dan Kriti, Do Patti turut dibintangi oleh Kajol.

Do Patti menampilkan Kajol sebagai seorang polis yang ditugaskan menyiasat tuduhan cubaan membunuh terhadap Kriti Sanon. Selain itu, Do Patti juga mengetengahkan kisah cinta antara Kriti Sanon dan Shaheer Sheikh yang penuh liku.

Selain Do Patti, berikut ini tujuh filem jenayah thriller India yang telah ditayangkan pada tahun 2024 ini.

 

 

1. Phir Aayi Hasseen Dillruba

Filem jenayah thriller

Phir Aayi Hasseen Dillruba merupakan sekuel kepada filem Haseen Dillruba (2021) yang popular di Netflix. Filem ini menampilkan Taapsee Pannu dan Vikrant Massey sebagai pelakon utama. Berlatar lima tahun selepas filem pertamanya, Phir Aayi Hasseen Dillruba mengikuti kehidupan Rani (Taapsee Pannu) dan Rishu (Vikrant Massey) yang hidup dalam persembunyian dari pihak polis.

Walaupun sudah berkahwin, Rani dan Rishu memutuskan untuk hidup terpisah dengan identiti baharu agar pihak polis tidak dapat menemui mereka. Suatu hari, Rani bertemu dengan Abhi (Sunny Kaushal) yang mengaku menyukainya. Rani menerima ajakan Abhi untuk keluar berjanji temu untuk melindungi identitinya sebagai isteri Rishu. Tanpa disangka, hubungan dengan Abhi membuat hidupnya semakin rumit.

 

 

2. Ghuspaithiya

da76e793 ed63 4b70 b38d 19818d774899

Ghuspaithiya arahan Susi Ganesan merupakan adaptasi daripada filem Tamil bertajuk Thiruttu Payale 2 (2017). Urvashi Rautela, Vineet Kumar Singh, dan Akshay Oberoi dipilih sebagai pelakon utama. Filem jenayah thriller ini mengisahkan tentang seorang polis bernama Ravi (Vineet Kumar Singh) yang mengintai golongan berpengaruh di Uttar Pradesh untuk membongkar kegiatan haram mereka. Hidup Ravi berubah setelah mengetahui isterinya diintai oleh Anshuman (Akshay Oberoi).

 

 

3. Blackout

fb570f68 ed1d 40a5 b161 751d090d8948

Blackout menampilkan Mouni Roy dan Vikrant Massey sebagai pelakon utama. Filem jenayah thriller ini mengisahkan tentang wartawan jenayah yang bernama Lenny (Vikrant Massey) yang bertemu sekumpulan perompak di luar kedai barang kemas. Pertemuan ini membuka sisi gelap pihak polis India yang kerap terlibat dalam korupsi dan jenayah.

 

 

4. Visfot

dc4a4d7f 8574 4d40 8546 1f3dbeac190f

Shoaib (Fardeen Khan) ialah seorang pemandu teksi yang menemui jaket berisi dadah setelah menghantar penumpang pada waktu malam. Dadah itu milik gengster bernama Acid Tai (Seema Biswas). Tidak lama kemudian, Shoaib menemui seorang Kanak-kanak lelaki dalam teksinya, yang ibu bapanya terlibat dengan gengster pemilik dadah yang ditemuinya.

 

 

5. The Buckingham Murders

9eaf4d19 e15c 46aa 9169 9f6162ad11b4

The Buckingham Murders mengharumkan nama India apabila tayangan perdananya berlangsung di Festival Filem London BFI. Filem jenayah thriller ini menampilkan Kareena Kapoor sebagai detektif bernama Jaas yang menyiasat kes pembunuhan seorang kanak-kanak di England. Jaas mengalami kesukaran menangani kes tersebut kerana baru kehilangan anaknya. Dia sering hilang fokus dan beremosi sepanjang penyiasatan.

Baca juga: 13 Siri Jenayah Thriller India yang Pasti Membuatkan Anda Terpaku

 

6. Sector 36

2894ac61 9c2e 4585 926f 058ddd98625d

Sector 36 diadaptasi daripada kisah sebenar pembunuhan kanak-kanak di Uttar Pradesh pada tahun 2006. Vikrant Massey melakonkan watak Prem Singh yang dituduh membunuh kanak-kanak di kawasan tempat tinggalnya. Prem ditangkap oleh polis selepas anaknya mengaku bahawa dia telah menyeksanya. Proses penyiasatan membongkar sisi gelap bandar tempat tinggal Prem.

 

 

7. Do Patti

IMG 8488 scaled

Saumya (Kriti Sanon) melaporkan kekasihnya, Dhruv (Shaheer Sheikh), atas tuduhan cubaan membunuh. Untuk memastikan kebenaran kata-kata Saumya, Inspektor Vidya (Kajol) menyelidiki kehidupan dan masa lalu Saumya. Rupa-rupanya, Saumya mempunyai saudara kembar bernama Shailee yang tidak menyukainya sejak kecil. Shailee sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian ibu bapanya.

Populariti genre jenayah thriller di Bollywood semakin meluas sejak tahun 2020. Para pembikin filem berlumba-lumba menghasilkan filem jenayah thriller terbaik dengan plot twist yang unik untuk menarik perhatian penonton. Jika anda mencari cadangan filem jenayah thriller India terbaru, tujuh filem di atas boleh dimasukkan dalam senarai tontonan anda!

Baca lagi: 7 Filem Seram India yang Boleh Ditonton Sempena Cuti Deepavali Ini, Ada di Prime Video
Baca juga: Tayang November Nanti, 4 Drama Korea Jenayah Thriller Ini Bakal Memukau Anda