Filem-filem seram selalunya identikal dengan kegelapan, misteri, dan rasa takut.
Waktu malam biasanya menjadi waktu yang tepat untuk menikmati filem seram. Netflix, sebagai platform streaming terkemuka, tidak ketinggalan dalam menyajikan filem-filem bergenre seram.
Beberapa buah filem seram dari pelbagai negara akan mengisi masa terluang anda pada bulan Oktober ini. Filem-filem ini menyajikan pelbagai genre dan cerita yang akan membawa anda ke suasana yang sangat mencengkam, juga turut menghiburkan!
1. Evil Dead Rise, kembalinya kisah seram klasik
Evil Dead Rise mengisahkan tentang penemuan Kitab Necronomicon yang mengandungi roh jahat di dalamnya. Kitab ini ditemui oleh seorang kanak-kanak yang bernama Danny. Semasa kitab tersebut dibuka, roh jahat keluar dan masuk ke dalam tubuh ibunya, Ellie (Alyssa Sutherland). Roh ini bernama Deadites.
Disebabkan pengaruh roh jahat ini, Ellie mula agresif dan melakukan perkara-perkara yang membahayakan bagi ketiga-tiga anaknya, Danny, Bridget, dan Kassie. Beth, saudara Ellie yang kebetulan berada di rumah tersebut turut menjadi mangsa gangguan Ellie. Filem Evil Dead Rise tayang di Netflix pada 7 Oktober 2024.
2. My Boo, kisah seorang gamer yang jatuh cinta pada hantu
My Boo merupakan filem seram Thailand yang digabungkan dengan kisah komedi romantik. Filem karya S Khomkrit Treewimol ini menceritakan tentang kehidupan seorang gamer yang bernama Joe (Gee Sutthirak Subvijitra). Dia mendapat warisan rumah yang berada jauh di luar bandar.
Rumah ini ternyata dihuni oleh tiga hantu iaiu Thong Gon (Jack Chaleumpol Tikumpornteerawong), Anong (Bow Maylada Susri), dan Thong Yib (Tatchaya Supatanyasatit).
Awalnya, Joe ingin menjual rumah berhantu tersebut. Dia berusaha mengusir hantu-hantu tersebut dengan pelbagai cara. Namun, hantu-hantu tersebut menolak dengan alasan telah bertahun-tahun mendiami rumah tersebut.
Akhirnya, Joe memutuskan untuk mengubah rumah menjadi rumah hantu. Dia mengajak ketiga-tiga hantu tersebut untuk bekerja sama menakut-nakutkan pengunjung yang datang. Dalam perjalanannya, Joe jatuh hati kepada Anong. Dia berjanji akan membantu Anong dan kawan-kawannya tersebut supaya tidak menjadi hantu gentayangan lagi. My Boo tayang di Netflix sejak 10 Oktober 2024 yang lalu.
3. Outside, filem zombie pertama Filipina
Outside diarahkan oleh Carlo Ledesma, yang pernah mengarahkan filem seram berjudul The Tunnel. Filem ini merupakan filem seram zombie pertama yang berasal dari Filipina.
Outside mengangkat kisah keluarga yang berjuang menghadapi wabak zombie. Francis (Sid Luceror) besama isteri (Beauty Gonzakes) dan kedua-dua anaknya, yang dilakonkan oleh Marco Masa dan Aiden Patdu, memilih untuk pergi ke sebuah kawasan pertanian terpencil. Mereka membuat tempat perlindungan supaya terhindar dari serangan zombie.
Bukan hanya mengangkat suasana cemas kerana serangan zombie, Outside juga mengangkat isu-isu serangan antargenerasi dan trauma. Carlo Ledesma menyajikan suasana menegangkan semasa keluarga ini menghadapi kawanan zombie. Filem Outside boleh ditonton di Netflix sejak 17 Oktober 2024.
4. Don’t Move
Don’t Move diarahkan oleh Adam Schindler dan Brian Netto. Filem ini bergenre thriller tentang pembunuh bersiri. Pembunuh ini menyerang seorang wanita di sebuah hutan California. Dia menyuntik cecair pelumpuh terhadap wanita tersebut.
Wanita itu perlu berjuang seorang diri untuk melepaskan diri dari pembunuh tersebut. Dia perlu lari sejauh mungkin sebelum tubuhnya benar-benar tidak boleh digerakkan lagi kerana mengalami kelumpuhan. Filem Don’t Move boleh ditonton di Netflix pada 25 Oktober 2024.
5. Smile
Filem Smile bergenre psikologikal Thriller, yang diarahkan oleh Parker Finn. Filem ini diadaptasi dari filem pendek berjudul Laura Hasn’t Slept. Smile ditayangkan di pawagam pada 29 September 2022.
Filem Smile mengangkat kisah Doktor Rose Cotter (Sosie Bacon), seorang pakar terapi di sebuah hospital mental. Dia mendapat seorang pesakit yang bernama Laura Weaver (Caitil Stasey). Laura bercerita bahawa ada sosok yang menghantuinya sejak menjadi saksi seorang profesor yang membunuh diri.
Doktor Rose tidak percaya apa yang dikatakan pesakitnya, dan mengatakan bahawa dia sedang berhalusinasi. Laura tiba-tiba panik dan berkata bahawa figura itu akan menyerangnya. Rose panik kerana Laura tiba-tiba membunuh diri di hadapannya. Sejak kejadian itu, Rose sentiasa dihantui figura Laura. Filem Smile telah disiarkan di Netflix sejak 1 Oktober 2024.
6.Possession: Kerasukan diadaptasi daripada filem seram Perancis
Possession: Kerasukan ialah sebuah filem oleh Razka Robby Ertanto. Filem ini diadaptasi daripada filem seram Perancis berjudul Possession yang dikeluarkan pada tahun 1981.
Filem ini bermula dengan kisah seorang pemuda bernama Faris (Darius Sinathrya) yang baru pulang dari perkhidmatan ketenteraan berbulan-bulan. Namun, dia tidak mendapat pelukan hangat daripada isterinya, Ratna (Carissa Perusset). Ratna sebenarnya meminta Faris untuk bercerai.
Faris kemudian menemui fakta yang mengejutkan tentang ketidakharmoniannya dengan Ratna. Kehidupan mereka penuh dengan misteri dan seram. Selain menceritakan kisah seram, filem ini turut menonjolkan budaya patriarki yang masih kukuh dalam masyarakat. Filem ini boleh ditonton di Netflix mulai 25 Oktober 2024.
7. Marni: The Story of Wewe Gombel, legenda bandar yang popular di Indonesia
Marni: The Story of Wewe Gombel ialah sebuah filem seram oleh pengarah Billy Christian. Filem ini merupakan sebuah urban legend yang cukup popular dan legenda di Indonesia.
Filem ini mengisahkan tentang seorang ibu bernama Rahayu (Hannah Al Rashid) yang mengajak dua anaknya iaitu Anisa (Amanda Rigby) dan Aan (Athar Barakbah) untuk tinggal di sebuah kampung terpencil. Kehidupan di kampung pada mulanya nampak biasa sahaja. Sehinggalah pada suatu hari, Aan telah diculik oleh seorang urban legend di kampung itu, Wewe Gombel.
Dalam perjalanan mencari Aan, Rahayu mengetahui asal usul hantu Wewe Gombel. Wewe Gombel pernah menjadi penjual jamu bernama Marnis (Ismi Melina). Wewe Gombel membalas dendam selama bertahun-tahun ketidakadilan di kampung. Filem ini menggabungkan unsur seram, aksi dan drama. Marni: The Story of Wewe Gombel boleh ditonton di Netflix mulai 31 Oktober 2024.
Filem seram di Netflix sentiasa menampilkan tajuk terbaru setiap bulan. Anda akan merasai pelbagai suasana seram yang berbeza dalam filem tersebut. Selamat menonton!
Baca lagi: Siri Seram Korea Hellbound 2 Dijangka Menjadi Sekuel Netflix yang Lebih Mendebarkan
Baca juga: 5 Filem Thriller Psikologikal Barat yang Menguji Kewarasan, Kejutan yang Sukar Dijangka