Home Entertainment Bintang Squid Game Berdepan Pendakwaan Serangan Seksual

Bintang Squid Game Berdepan Pendakwaan Serangan Seksual

0

Tidak disangka-sangka nama aktor veteran Oh Young-soo terpalit dengan tuduhan serangan seksual.

Satu tuduhan dan igauan ngeri buat bintang-bintang besar di Korea Selatan kerana kes seperti ini bakal membenam karier mereka ke dasar kehancuran.

Siapa sebenarnya Oh Young-soo?

0137ABE6 D9C8 4896 912E 31DF1A097C9C

Wajah Oh Young-soo sudah berdekad dikenali di Korea Selatan sebagai pelakon terkenal yang selalu muncul di kaca TV dan skrin besar panggung wayang.

Masyarakat barat khususnya dan masyarakat dunia amnya ada yang baharu mengenali Oh Young-soo melalui siri popular Netflix iaitu Squid Game dimana Oh Young-soo muncul sebagai seorang lelaki tua yang kelihatan baik dan naif di dalam siri Squid Game yang telah mencetuskan fenomena industri drama Korea pada tahun 2021 ketika ia ditayangkan secara meluas di seluruh dunia melalui platform striming NETFLIX.

7D95099E 995D 441A B9AC 2955E2782234

Wataknya yang licik sebagai Oh Il-nam dalam siri drama itu telah menobatkan dia sebagai pelakon Korea Selatan pertama dalam sejarah yang telah berjaya memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Golden Globe dan namanya juga turut tercalon untuk Anugerah Emmy.

95AD87FE 717D 4201 B33B 81953D84DEDC

Pelakon yang kini sudah menjengah usia senja itu terkenal dengan pembawaan watak sebagai sami tua di sepanjang kariernya. Bermula pada tahun 2003 apabila dia membawa watak seorang sami Buddha tua dalam filem romantik Spring, Summer, Fall, Winter…and Spring.

Kekerapan dirinya membawa watak sebagai sami tua telah membuatkan Oh Young-soo sering dipilih untuk membawa watak seumpama itu dalam setiap filem dan drama yang dilakonkan.

Jadi apa sebenarnya yang telah berlaku?

Semenjak wujudnya gerakan #MeToo lebih banyak mangsa yang berani tampil untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tentang jenayah seksual yang berlaku ke atas diri mereka. Gerakan #MeToo bergerak secara aktif dimana setiap mangsa berkongsi secara umum tentang tragedi yang mereka lalui sama ada menjadi mangsa rogol, menjadi mangsa gangguan kekerasan dan juga serangan seksual.

Sudah ramai selebriti dari Korea Selatan jatuh tersungkur akibat gerakan #MeToo ini dan menyebabkan mereka tampil berhenti dari berkarya serta terpaksa membuat permohonan maaf.

Kesalahan jenayah seks dipandang berat di negara itu walaupun perlu menjalani proses perbicaraan yang sukar. Terdapat kes yang lebih serius dimana figura-figura berpengaruh ini disabit dengan kesalahan dan seterusnya terpaksa menjalani hukuman penjara.

Oh Young-soo telah didakwa bagi kesalahan melakukan serangan seksual selepas seorang wanita membuat laporan dan tuduhan bahawa pelakon itu pernah menyentuhnya secara tidak beradab pada tahun 2017.

Mengejutkan apabila pihak pendakwa raya telah menggugurkan kes berkenaan tetapi akhirnya terpaksa membuka semula kes tersebut.

Laporan mengenai kes tersebut diterima secara rasmi oleh sebuah balai polis di Seongnam pada bulan Disember 2021. Seterusnya pihak polis menyerahkan kes tersebut kepada pihak pendakwa raya dan pada bulan Februari 2022, pertuduhan dilakukan dua bulan kemudiannya.

Jika Oh Young-soo didapati bersalah, dia akan dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun dan denda sebanyak $12,000.

Bagaimanapun, Oh Young-soo menafikan dengan sekeras-kerasnya segala tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya. Pelakon itu juga menolak untuk menerima sebarang panggilan telefon dari wartawan untuk sebarang komen.

JTBC berjaya menghubungi aktor tersebut dan dia mendakwa bahawa dia hanya memegang tangan wanita tersebut untuk menunjukkan jalan sewaktu dia sedang berjalan-jalan di sebuah tasik.

Oh Young-soo memberitahu JTBC bahawa dia membuat permohonan maaf terhadap wanita itu bukan kerana dia bersalah, tetapi kerana wanita tersebut telah berjanji tidak akan menimbulkan sebarang isu sekiranya pelakon tersebut memohon maaf.

Apa yang berlaku sekarang?

Perbicaraan kes Oh Young-soo dijadualkan berlangsung minggu ini, keputusan yang akan diterima seolah-olah bakal menjejaskan karier pelakon veteran itu. Walaupun belum memulakan perbicaraan dan belum dijatuhkan hukuman bersalah ataupun tidak, Oh Young-soo sudah mula mendapat tekanan apabila namanya dibuang dari senarai pelakon untuk drama terbaru Love Letters.

Nampaknya penggambaran Squid Game musim ke 2 juga bakal terkesan dengan kes yang dihadapi oleh Oh Young-soo.

9A499363 1DAE 4056 B8BE 5D690D1615F9

55BDB0EF 7BD5 463B 9DA3 1CEA3B6385AE scaled
BIODATA RINGKAS OH YOUNG SOO:

Nama kelahiran asal Oh Young-soo adalah O Se-kang. Dilahirkan pada 19 Oktober 1944 di Daerah Kaepung, Gyeonggi Korea Utara.

Dia memulakan kariernya sebagai pelakon teater pada tahun 1960-an dan apabila semakin dikenali dia mendapat tawaran dan mula berlakon dalam filem dan siri televisyen di Korea Selatan.

Selepas peristiwa 38 Selari Utara yakni Utara selari ke-38 membentuk sempadan antara Korea Utara dan Selatan sebelum Perang Saudara Korea, Oh dan keluarganya berpindah ke Paju di sebelah selatan Korea yang dikawal oleh tentera Amerika. Tidak berapa lama kemudian, bapanya terbunuh dan abangnya pula diculik oleh tentera Korea Utara ketika perang Korea tercetus.

Baca Lagi: Adegan Buli Drama Korea The Glory Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Baca Juga: Filem Thriler Fall (2022) Yang Menguji Rasa Gayat Anda