Home Artis Korea Bintang Welcome to Waikiki, Kang Kyung Joon Dituduh Curang dengan Isteri Orang?

Bintang Welcome to Waikiki, Kang Kyung Joon Dituduh Curang dengan Isteri Orang?

0

Pelakon Kang Kyung Joon, salah seorang pelakon Welcome to Waikiki kini berhadapan dengan tuntutan mahkamah telah dituduh berlaku curang dengan wanita lain yang juga merupakan isteri orang.

Welcome to Wakiki yang penuh dengan lawak jenaka dan komedi dibintangi oleh Kim Jung Hyu, Lee Yi Kyung, Son Seung Wo, Jung In Sun, dan juga Go Won Hee.

Salah seorang pelakon Welcome to Wakiki iaitu Kang Kyung-joon terpalit kontroversi apabila dituduh berlaku curang dengan isteri orang. Pelakon ini tampil dalam episod 9-16 dalam drama komedi tersebut.

Kang kyung joon

Kang Kyung Joon membawa watak sebagai Son Hun Joo dalam Welcome to Waikiki, Kang Kyung Joon merupakan seorang pelakon yang tiba-tiba jarang muncul dan tidak kelihatan dan dia kini menjadi broker hartanah.

Pelakon Kang Kyung Joon telah disaman kerana berlaku curang dengan seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Menurut pihak pengadilan, pelakon tersebut disaman sebanyak 50 juta Won pada Selasa, 26 Disember 2023. Dalam saman tersebut dinyatakan bahawa Kang Kyung Joon berlaku curang dengan isteri orang yang menghantar tuntutan saman.

Kang Kyung Joon mengganggu perkahwinan kami dan menghancurkannya.” Kata lelaki yang menuntut saman tersebut.

Tuntutan saman tersebut menuduh bahawa pelakon tersebut dan wanita itu pernah bekerja di bangunan yang sama.

Kang Kyung-joon berlaku curang dengan isteri saya walaupun dia tahu bahawa wanita itu sudah berkahwin. Saya akan memberikan bukti berkaitan perkara ini.” Sambungnya lagi.

Kang Kyung Joon

Kang Kyung-joon memberikan respon terhadap berita tersebut dengan keadaan bingung dan terkejut. Apabila ditanya mengenai tuntutan tersebut, pelakon itu menyatakan bahawa semua ini hanya salah faham.

Saya tidak tahu mengapa perkara ini terjadi, saya belum melihat tuntutan tersebut, tapi saya rasa ada salah faham di sini.” Kang Kyung-joon kemudian menyatakan bahawa dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan meminta diberikan ruang dan waktu yang lebih lama.

Sama seperti pelakon tersebut, K-Star Global Entity selaku agensi yang menaungi Kang Kyung Joon menyatakan mungkin ada berlaku salah faham. Selain itu, pihak agensi meminta waktu untuk menyiasat masalah tersebut.

Kami telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut (Kang Kyung Joon) menerima tuntutan hari ini. Melihat isi kandungannya, ada kemungkinan semua ini adalah salah faham. Kami merancang untuk menyelesaikan masalah ini secara teratur,” jelas pihak agensi dipetik dari Ten Asia pada Rabu 3 Januari 2024.

Jika tuduhan yang dibuat tentang Kang Kyung Joon ini adalah benar, maka pasti mengejutkan dan menyedihkan bagi Jang Shin Young. Kang Kyung Joon mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita, Jang Shin Young pada tahun 2018 dan mereka sangat terkenal sebagai pasangan serasi dan penyayang.

IMG 8875

Baca lagi: Sukar Untuk Membenci Lee Yi Kyung ‘Gwenchana’, Walaupun Digelar Sebagai Lelaki Sampah dalam Marry My Husband
Baca juga: Park Shin Hye Muncul Sebagai Antagonis dalam The Judge From Hell, Drama Baru Selepas Doctor Slump