Home Entertainment Bitch X Rich – 5 Persoalan Belum Terjawab, Ada Musim Kedua?

Bitch X Rich – 5 Persoalan Belum Terjawab, Ada Musim Kedua?

0

Bitch X Rich merupakan sebuah Kdrama pendek tentang kehidupan pelajar-pelajar di Cheongdam International School yang penuh dengan cerita suka dan duka, hanya kerana perbezaan status ekonomi dan sosial, banyak konflik terpaksa mereka hadapi.

Bitch X Rich adalah drama thriller misterl bertemakan sekolah dan buli yang disiarkan di tvN Asia, setiap hari Rabu, dibintangi oleh Lee Eun Saem sebagai Kim Hye In – seorang remaja yang berpindah ke sekolah baharu selepas menyaksikan satu insiden pembunuhan.

Drama siri ini hadir dengan 10 episod, Bitch X Rich baru sahaja menamatkan episodnya pada 28 Jun 2023 yang lalu! Anda suka episod akhirnya?

Namun, beberapa adegan dan babak yang ditonjolkan masih menimbulkan pertanyaan yang belum terjawab. Seolah-olah, drama siri Bitch X Rich ini memerlukan musim kedua untuk menjelaskan segala teka-teki yang ditinggalkan.

Persoalan apakah yang masih tergantung dalam Bitch X Rich? Jom sama-sama kita lihat ulasan seperti di bawah ini:

1. Bagaimanakah hubungan Seo Do Eun (Lee Jong Hyuk) dan Baek Je Na (Yeri Red Velvet)?

6f402c54 2cab 429d abb7 a90557084a14Seo Do Eun dan Baek Je Na telah berkawan selama 18 tahun. Persahabatan mereka retak kerana adanya pihak ketiga. Berulang kali Baek Je Na memberi peringatan untuk menjauhi Kim Hae In (Jang Sung Yoon), namun Seo Do Eun tidak mengendahkannya. Seo Do Eun juga menuduh Baek Je Na telah menolak Kim Hae In.

Rahsia juga terungkai apabila Baek Je Na tidak dapat menahannya lagi. Dia menyatakan dengan jujur bahawa Kim Hae In menjalin hubungan istimewa dengan Park Woo Jin (Jang Deok Su). Seo Do Eun jadi panas hati lalu menumbuk Park Woo Jin. Setelah itu, tidak lagi ditampilkan bagaimanakah hubungan antara Seo Do Eun dan Baek Je Na. Adakah mereka berbaik semula atau terus bermusuhan?

2. Bagaimanakah dengan nasib Min Yul Hee (Park Si Woo)?

1732f518 6fcb 4ddc b9d0 c4b0bc392dbdTelah terungkap siapa sebenarnya yang telah menolak Kim Hae In dari bumbung bangunan sekolah, pesalahnya adalah Min Yul Hee. Perkara ini diketahui oleh Kim Hye In sewaktu dia perhati rantai leher Min Yul Hee dengan rantai leher yang diberi oleh Kim Hae In. Rantai leher tersebut ternyata harganya sangat mahal dan memerlukan pesanan khas dahulu jika ingin membelinya.

Penyiasatan mengenai rantai tersebut tersebut diketahui oleh Baek Je Na selaku kawan rapat Min Yul Hee. Namun, selepas itu tidak ada tindakan lain yang dilakukan oleh mereka berdua terhadap Min Yul Hee. Kim Hye In ingin memberitahu perkara ini kepada Oh Shi Eun (Han Da Sol).

Baca juga: 10 Pelakon “Bitch X Rich”, Jom Berkenalan Dengan Mereka

3. Siapakah yang menolak Oh Shi Eun?

be8cd7f1 d729 4e26 83b5 1d062eb78f22Oh Shi Eun memberi peringatan kepada Kim Hye In untuk datang ke sekolah pada waktu malam. Jika Kim Hye In tidak datang, maka video aib tentangnya akan disebarkan melalui media sosial. Selepas Kim Hye In sampai di situ, alangkah terkejutnya dia melihat Oh Shi Eun terjatuh dengan keadaan penuh darah.

Dia jatuh dari bumbung bangunan sekolah.
Yang menjadi persoalan, siapakah yang melakukan perkara jahat tersebut? Adakah Lee So Mang (Yoo Jung Hoo) yang menolak Oh Shi Eun? Perkara ini adalah kerana anak muda tersebut telah berjanji kepada Kim Hye In bahawa dia akan memberi pengajaran kepada Oh Shi Eun.

4. Adakah video aib Kim Hye In tersebar ke dunia maya?

f5ad7b9d 003b 46ca baa7 ea326721f7fa 1Oh Shi Eun mempunyai bukti video Kim Hye In sewaktu berhadapan dengan Lee Duk Min (Kang Min Hyuk). Dia mengancam Kim Hye In bahawa dia akan menyebarkan video tersebut ke dunia maya jika keinginannya tidak dipenuhi. Dia mahu Kim Hye In memberi keterangan palsu bahawa yang menolak Kim Hae In adalah Baek Je Na.

Melalui perbualan di telefon, Kim Hye In memberi tahu kepada Oh Shi Eun bahawa bukan Baek Je Na yang menolak Kim Hae In. Oh Shi Eun tetap tidak peduli dan tetap mahu menyebarkan video tersebut ke dunia maya. Melihat prosesnya masih loading, adakah video tersebut tersebar atau adakah muat turun tidak berjaya? Perkara ini adalah kerana Oh Shi Eun ditolak oleh seseorang hingga terjatuh.

5. Siapakah yang masuk ke pejabat pengarah Cheongdam International School?

Bitch X RichEpisod 10 menampilkan watak seseorang yang mengenakan kasut Mary Jane dengan stoking warna putih masuk ke ruangan pengarah sekolah. Namun, pengguna kasut tersebut tidak ditonjolkan wajahnya. Seperti yang semua tahu, yang mempunyai kasut tersebut adalah Baek Je Na dan Kim Hye In sahaja.

Jika Baek Je Na, maka dia lebih suka menggunakan stoking warna hitam. Sedangkan Kim Hye In menggunakan sarung kaki putih pendek dan sudah tidak menggunakan kasut tersebut lagi. Maka, siapakah yang memasuki pejabat pengarah sekolah? Apakah keperluannya di sana?

Episod akhir Bitch X Rich masih meninggalkan banyak pertanyaan dan persoalan yang membuatkan para penonton perlu befikir dengan dalam lagi. Adakah anda bersetuju jika Bitch X Rich mengeluarkan musim kedua?

Baca lagi: Celebrity – “Followerku, ialah Pembunuhku”, Tayang 30 Jun
Baca juga: Heartbeat – Tacyeon Si Pontianak Digigit Manusia?