Home Entertainment Bitch X Rich – 7 Nasib Malang Baek Je Na

Bitch X Rich – 7 Nasib Malang Baek Je Na

0
(Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler)

Dalam drama siri Bitch X Rich (2023), Baek Je Na (Yeri Red Velvet) dikenali sebagai seorang gadis remaja yang cukup bertuah, dilahirkan dari keturunan keluarga konglomerat yang kaya raya.

Kehidupannya kelihatan seperti langsung tidak kekurangan apa-apa dan sepertinya dia tidak mempunyai sebarang masalah yang boleh menyusahkannya. Kerana terlalu bernasib baik, dan tidak perlu memikirkan tentang perjuangan kehidupan, gadis remaja ini dilihat memiliki waktu lapang yang banyak untuk melakukan jenayah buli terhadap kawan satu sekolahnya yang lebih miskin.

IMG 1364Walaupun begitu, baru baru ini telah terungkap bahawa Baek Je Na juga menghadapi banyak penderitaan. Rasa rasanya, apakah penderitaan dan masalah yang membuatkan Baek Je Na menjadi seorang pembuli dan pemarah seperti sekarang?

Jom sama-sama kita lihat ulasannya berikut ini:

Bitch X Rich1. Walaupun tiada masalah dan bebanan secara kewangan, Baek Je Na nampak seperti seorang remaja yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang dari ibu bapanya hingga dia merasa kesepian dan kesunyian

IMG 29932. Dia lebih kerap ditemani oleh para pengawal dan orang gaji daripada menghabiskan waktu bersama keluarganya, terutama ayah dan ibunya

3023e4de 8cf0 4e0e 8aad 8f9147ba48d73. Ayah Baek Je Na adalah pemilik Cheongdam International High School. Ayah Baek Je Na curang dengan guru Bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah tersebut

9aefd87e fedf 4f34 900a 765c10c9365c

4. Lebih menyakitkan hati, Baek Je Na juga mengetahui bahawa guru tersebut telah mengandungkan anak ayahnya

IMG 29955. Tentu sahaja perkara ini cukup untuk membuatkan rumah tangga kedua ibu bapanya hancur berkecai hingga bakal terancam dan berakhir dengan penceraian

IMG 2994

6. Baek Je Na juga turut merasa bimbang dengan keadaan ibunya yang kelihatan begitu tertekan sehingga terpaksa menjalani sesi kaunseling dengan pakar psikiatri

f939bb62 7190 4ffd 968d 809970592dfe7. Perlu memendam penderitaannya seorang diri telah membuatkan Baek Je Na nampak semakin terluka atas kejadian menyakitkan yang menimpa keluarganya

Jika kita menilik latar belakang Baek Je Na, tidak hairanlah jika sikapnya begitu agresif terhadap kawan-kawan di sekitarnya. Walaupun begitu, perlakuan dan kekasaran Baek Je Na tidak boleh dijadikan ikutan. Jadi, jangan lupa untuk nantikan kisah Baek Je Na selanjutnya di Bitch X Rich pada setiap hari Rabu nanti ya! Berbaki lagi 2 episod!

Baca lagi: Persamaan Kdrama Bitch X Rich dengan The Glory
Baca juga: Bitch X Rich: 6 Sifat Negatif Kim Hye In