Bitter Sweet Hell telah memasuki tahap penyelesaian konflik di dua episod terakhir.
Episod 10 Bitter Sweet Hell telah mengungkap siapakah sebenarnya Moon Tae Oh (Jung Gun Joo). Dia adalah teman Lee Se Na (Yeon Woo) yang sama-sama berasal dari rumah anak yatim.
Misi mereka adalah menghancurkan keluarga No Yeong Won (Kim Hee Seon). Mereka tidak senang dengan kehidupan keluarga No Yeong Won yang tampak harmoni. Mereka juga kurang suka melihat cara No Yeong Won memberikan penyelesaian terhadap keluarga bermasalah.
Berbagai-bagai cara yang mereka lakukan. Bermula dari menghasut Choi Jae Jin (Kim Nam Hee) dan Choi Do Hyun (Jae Chan) hingga memerangkap Hong Sa Gang (Lee Hye Young) ke dalam kes pembunuhan.
Baca juga: Yang Ditunggu-tunggu, Bitter Sweet Hell, Drama Komedi Thriller Misteri Dah Keluar! Korang Boleh Layan Di Viu
Oleh kerana minggu ini drama Korea ini bakal berakhir, ada beberapa persoalan masih tergantung dan perlu terjawab supaya penonton tidak terus menerus tertanya-tanya.
1. Bagaimanakah kebenaran kes kematian Choi Go Myeon (Kwon Hae Hyo)? Adakah benar-benar kerana kemalangan atau sebenarnya dia mati dibunuh?
2. Bagaimanakah usaha Na Yeong Won dalam melawan Lee Se Na dan Moon Tae Oh? Adakah dia bakal kehilangan masa kegemilangannya dalam kerjaya?
3. Choi Jae Jin juga turut membantu isterinya dalam memerangkap Lee Se Na. Lalu, apakah yang akan dilakukan untuk menghadapi Lee Se Na?
4. Hong Sa Gang akan bebas dari penjara asalkan penjenayah sebenar tertangkap. Jika sudah bebas, bagaimanakah hubungannya dengan Choi Jae Jin?
5. Choi Do Hyun telah mendedahkan bahawa dirinya adalah seorang pengamal homoseksual kepada ibu bapanya. Adakah dia akan tetap pergi ke luar negara?
6. Bagaimanakah nasib Lee Se Na dan Moon Tae Oh? Adakah mereka bakal berakhir di penjara atau mendahului takdir dengan mengakhiri hidup mereka?
7. Oh Ji Eun obses dengan Choi Jae Jin. Lalu, mampukah Oh Ji Eun menerima kenyataan atau dia akan menyerang Choi Jae Jin?
8. Selepas segala masalah diatasi, bagaimanakah hubungan Choi Jae Jin dan No Yeong Won? Adakah mereka akan tetap bercerai atau bertahan dalam hubungan sambil memperbaiki ikatan mereka?
Semua persoalan di atas akan terjawab di episod akhir pada minggu ini. Penonton berharap mereka akan mendapat balasan setimpal. Bitter Sweet Hell dirancang akan tamat pada 29 Jun 2024 nanti.