Drama Korea Black Out telah menampilkan beberapa kebenaran mengejutkan mengenai kes pembunuhan terhadap mangsa yang bernama Sim Bo Young (Jang Ha Eun).
Kes yang telah diselesaikan sejak 11 tahun lalu ini kembali menjadi perhatian kerana suspek yang diperangkap dan menerima hukuman rupa-rupanya tidak bersalah. Dia adalah Ko Jung Woo (Byun Yo Han) yang merupakan kawan rapat mangsa.
Baca lagi: Black Out Sajikan Plot Twist Berlapis-Lapis, Banyak Kejutan Untuk Kes Pembununah
Sebelum ini, Bo Young dikatakan meninggal dunia selepas diperkosa oleh kawan-kawannya, kemudian terjatuh dari tangga semasa hendak melarikan diri. Namun, selepas hasil forensik terhadap kerangka Bo Young dan barang bukti baru, banyak fakta yang mengejutkan ditemui.
Bagi yang belum tonton, anda ingin tahu tentang kejutan dalam kes kematian Bo Young dalam drama Korea Black Out?
1. Bo Young masih hidup semasa hendak dibuang
Noh Sang Cheol (Goo Jun) yang merupakan ketua pasukan unit jenayah berat kampung Mucheon menemui fakta baru. Selepas melakukan pencarian, kereta Jung Woo yang menjadi bukti utama akhirnya ditemui kembali. Mengejutkannya, terdapat dua penyodok di belakang kereta yang sebelum ini dikatakan tidak didaftarkan sebagai barang bukti semasa penyiasatan 11 tahun lalu.
Walau barang tersebut dianggap bukan barang bukti, Sang Cheol tetap menyerahkannya pada pasukan forensik. Selepas disiasat, rupa-rupanya ada fakta mengejutkan dari penemuan tersebut. Kecederaan di kepala Bo Young ternyata sepadan dengan bentuk penyodok yang ditemui.
Fakta tersebut menjadi petunjuk jelas dengan kenyataan terbaru Yang Heung Soo (Cha Soon Bae). Ayah kepada Yang Byeong Mu (Lee Tae Gu) itu mengatakan bahawa Bo Young masih hidup semasa hendak dibuang. Sebagaimana yang diketahui, Heung Soo adalah salah seorang yang terlibat dalam pembuangan mayat Bo Young.
Baca juga: 4 Ibubapa Membela Jenayah Anak-anak Mereka dalam “Black Out”, Penuh Sikap Negatif dan Bermasalah
2. Tindakan Shin Choo Ho merupakan penyebab kematian Bo Young
Episod terbaru menunjukkan kebenaran tentang pemandu yang memandu kereta Jung Woo untuk membuang Bo Young sebenarnya adalah Heung Soo dan Shin Choo Ho (Lee Do Il). Mereka mahu membuang Bo Young sejauh mungkin, tetapi minyak kereta Jung Woo tidak mencukupi. Sebab itulah mereka memutuskan untuk membuang Bo Young di sebuah sekolah terbengkalai.
Ketika mereka membuka bonet kereta, mereka terkejut kerana Bo Young masih hidup. Mengetahui perkara itu, Cho Hoo menggunakan penyodok yang dibawanya untuk memukul Bo Young hingga meninggal dunia. Dia takut jika Bo Young hidup, kejahatan anak-anaknya akan terbongkar.
Tindakan Shin Choo Ho yang memukul Bo Young hingga meninggal dunia sama dengan jangkaan pasukan forensik. Sebelum ini, Sang Cheol diberitahu oleh pasukan forensik bahawa kecederaan di kepala Bo Young yang padan dengan bentuk penyodok itu disyaki menjadi penyebab kematian mangsa. Melalui kebenaran itu maka sudah diketahui bahawa ramai orang yang perlu bertanggung jawab dalam kes kematian Bo Young.
Baca lagi: 9 Watak Ini Tikam Belakang Jung Woo dalam Black Out, Terlalu Jahat
3. Hyun Goo Tak dalang kekacauan kes kematian Bo Young
Setelah penonton dikejutkan dengan fakta mengenai pesalah yang memandu kereta Jung Woo, kini plot twist lain juga muncul. Rupanya-rupanya, sosok Hyun Goo Tak (Kwon Hae Hyo) mempunyai peranan besar dalam kekacauan yang berlaku dalam kes kematian Bo Young. Di antara para ibu bapa, Goo Tak adalah yang pertama merancang untuk membuang mayat Bo Young.
Liciknya, dia menggunakan Heung Soo dan Choo Ho untuk melakukan kerja kotornya. Namun, selepas kes ini mulai terdedah, Goo Tak mahu menyelamatkan dirinya sendiri dengan mengadu domba tentang Byeong Mu dan Shin Min Soo (Lee Woo Je). Dia akhirnya berjaya memerangkap Byeong Mu ke penjara.
Belum puas dengan perkara itu, dia juga dengan licik meminta Heung Soo mengadu domba tentang Sim Dong Min (Jo Jae Yun) dengan Choo Ho. Heung Soo melaporkan pada Dong Min tentang pembuatan Choo Ho, sehingga Dong Min menembaknya. Perbuatan Goo Tak membuatkan beberapa orang saksi kecundang hingga meninggal dunia, termasuk anak kandungnya sendiri yang mati bunuh diri.
Plot twist atau kejutan yang muncul pada episod 10 dan 11 drama Korea Black Out berjaya membuatkan para penonton semakin geram. Para penonton merasa kesian kerana Jung Woo perlu berhadapan dengan cacian masyarakat dan para penegak undang-undang yang makan rasuah dan berlaku khianat. Lebih teruk lagi, banyak kesalahan jenayah mereka letakkan begitu sahaja atas kepala Jung Woo yang tidak bersalah.
Artikel seterusnya nanti kita akan ulas tentang kes pembunuhan Park Da Eun pula. Jangan lupa saksikan episod seterus Black Out ya!
Baca lagi: Gyeongseong Creature 2 Berakhir dengan “Open Ending”, Bakal Ada Musim 3?
Baca juga: Benarkah Choi Na Kyeom Dalang Di Sebalik Semua Tragedi dalam Black Out?