Kes pembunuhan dua orang gadis di Kampung Mucheon dalam drama Korea Black Out masih belum terungkap. Go Jeong Woo (Byun Yo Han) masih terus dianggap sebagai pembunuh walau dia bukan pembunuh sebenar.
Perkara itu jelas membuatkan Jeong Woo dan keluarganya menderita dan malu. Jeong Woo mula mencari pelbagai bukti yang akan membersihkan namanya.
Pada episod 5 dan 6 drama Korea Black Out, telah terungkap pelbagai petunjuk baru dan kejutan mengenai kes pembunuhan di Kampung Mucheon.
Jadi, apakah kejutan dan petunjuk baru kes pembunuhan dalam Black Out? Mari kita lihat ulasan dibawah ya!
1. Terdapat kekeliruan tentang urutan masa dalam kes pembunuhan. Perkara ini mengungkap tentang kebenaran pembunuh Da Eun dan Bo Young adalah orang berbeza atau mungkin sebuah komplot
2. Hasil siasatan forensik rangka mayat Bo Young menunjukkan bahawa adanya kemungkinan terjadinya serangan seksual. Namun, dapatan siasatan ini menjadi bukti tidak langsung
3. Sosok Geon Oh, anak kepada Goo Tak juga disyaki dalam kes Bo Young kerana dia menanam beg Bo Young yang selama 11 tahun ini belum lagi ditemui
4. Kehadiran Geon Oh cukup mengejutkan. Goo Tak, Byeong Mu dan ayahnya, serta Min Soo dan ayahnya yang disyaki dalang sebenar kematian Bo Young tampak cemas
5. Goo Tak secara tiba-tiba naik pangkat selepas kes Bo Young dan Da Eun. Ini bukti kukuh bahawa Goo Tak mempunya kelebihan atas kematian dua gadis tersebut dan dia juga turut campur tangan atas tuduhan kejam terhadap Jeong Woo sebagai pesalah
6. Menariknya, Goo Tak dinaikkan pangkat oleh isteri kepada Park Hyeong Sik. Sementara itu Hyeong Sik adalah sosok yang disyaki sebagai pembunuh Da Eun
7. Kebenaran yang mengejutkan, Hyeong Sik pernah menjalin hubungan terlarang dengan Da Eun. Dia dan Da Eun telah bertemu sebanyak lebih dari 14 kali
8. Penglibatan Hyeong Sik dalam kes Da Eun dikuatkan lagi dengan perbualan dengan isterinya. Mereka seolah-olah pernah menutup kes kematian 11 tahun lalu
Walau telah terungkap petunjuk baru bagi kes pembunuhan dalam drama Black Out, jalan Jeong Woo untuk membuka kembali kesnya ternyata masih menemui pelbagai rintangan dan amat sukar. Adakah bakal ada orang yang mampu membantu Jeong Woo untuk membersihkan namanya nanti?