Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Black Out Tamat Hari Ini, 5 Persoalan yang Patut Terjawab dalam Episod...

Black Out Tamat Hari Ini, 5 Persoalan yang Patut Terjawab dalam Episod Akhir

0

Drama Korea Black Out mampu membuatkan penonton terpukau dengan jalan ceritanya yang membuatkan penonton terpaku dan tertanya-tanya.

Black Out nembawa genre thriller dan misteri, penonton diajak menjadi detektif penyiasat untuk mencari siapakah dalang di sebalik pembunuhan tanpa mayat yang berlaku. Misteri terungkap dan kebenaran tentang pembunuhan tersebut ternyata tidak dilakukan oleh seorang sahaja.

Ko Jung Woo (Byun Yo Han) yang menjadi kambing hitam kes tersebut terpaksa merengkok dalam penjara selama 10 tahun. Penonton merasa sakit hati kerana pesalah-pesalah sebenar adalah orang yang terdekat.

Walau misteri semuanya sudah terungkai, Black Out masih berbaki episod terakhir. Beberapa persoalan sudah berada di benak kepala penonton untuk episod akhir drama ini.

 

1. Adakah mayat Park Da Eun berjaya ditemui oleh pihak polis? Bagaimanakah caranya?

b95f2dd0 0356 48b9 a51d 2d7a1993a453

Park Da Eun (Han So Eun) yang merupakan kekasih Ko Jung Woo, ternyata telah dibunuh oleh Park Hyung Sik (Kong Jung Hwan), suami kepada anggota dewan Ye Young Sil (Bae Jong Ok). Dalam kes tersebut, ternyata ada saksi mata iaitu Choi Na Kyeom (Go Bo Gyeol) dan Hyun Su Oh (Lee Ga Sub). Choi Na Kyeom merakam video aksi pembunuhan tersebut.

Episod 13, video tersebut sudah ditonton oleh Noh Sang Cheol (Ko Jun) dan Ko Jung Woo. Mereka berdua mengetahui kebenaran tentang kematian Park Da Eun. Namun, sungguh mengejutkan bagi penonton kerana mayat Park Da Eun disembunyikan oleh Hyun Su Oh di bilik bawah tanah.

Aksi Hyun Su Oh tersebut tidak diketahui oleh sesiapa pun. Noh Sang Cheol sudah bertemu dengan nenek Park Da Eun yang meminta tolong supaya mayat cucunya ditemui. Lalu, bagaimanakah cara Noh Sang Cheol mencari lokasi mayat Park Da Eun?

Baca lagi: 9 Watak Ini Tikam Belakang Jung Woo dalam Black Out, Terlalu Jahat

2. Apakah hukuman yang diterima oleh para penjenayah sebenar dalam drama ini? Adkah hanya di penjarakan atau hukuman mati?

68d05a98 23b1 4a88 83cf 12bf87427c6f

Yang Byeong Moo (Lee Tae Gu) telah ditahan oleh pendakwa raya kerana telah terbukti melakukan serangan seksual ke atas Shim Bo Young (Jang Ha Eun). Penonton ingin tahu mengenai hukuman yang diterima oleh Yang Byeong Moo.

Namun, Shin Mi Soo yang merupakan orang kanan Yang Byeong Moo masih bebas. Penonton berharap lelaki tersebut juga ditangkap oleh pihak polis.

Sementara itu, Choi Na Kyeom yang menjadi saksi kejadian telah ditangkap oleh pihak polis. semuanya kerana dia cuba membunuh Ha Seol (Kim Bo Ra). Dia fikir dengan membunuh Ha Seol, maka seluruh tuduhan akan ditujukan kepada Ko Jung Woo. Dengan itu, Ko Jung Woo akan dipenjara sekali lagi dan Choi Na Kyeom akan berada di sisinya.

Ayah Yang Byeong Moo juga terlibat dalam pembunuhan Shim Bo Young. Dia sudah ditangkap oleh polis. Kemudian, Hyun Koo Tak dan Ye Yong Sil yang terlibat juga masih bebas. Kim Hee Do yang dulunya menangani kes Ko Jung Woo telah menarik diri.

Baca juga: 4 Sebab Kdrama Thriller Misteri “Black Out”, Harus Ditonton

3. Bagaimanakah cara Hyun Koo Tak mengaku penglibatannya dalam kes pembunuhan?

b908d145 a8f3 4ff2 bb60 5c63e256abb2

Hyun Koo Tak yang merupakan seorang polis sebenarnya terlibat dalam kes Shim Bo Young dan Park Da Eun. Pada awalnya, dia ingin melindungi anaknya, Hyun Geon Oh (Lee Ga Sub) kerana berada di tempat kejadian semasa Shim Bo Young tidak sedarkan diri. Sebenarnya, dia juga tidak mahu keejayanya terancam.

Hyun Koo Tak yang merasa kerjayanya tiada kemajuan, akhirnya memilih Ko Jung Woo sebagai pembunuh Shim Bo Young dan Park Da Eun. Disebabkan kes tersebut, dia menjadi ketua polis. Semuanya kerana sokongan Ye Yong Sil.

Petikan dari episod akhir, Hyun Koo Tak berdepan dengan Ko Jung Woo. Kemungkinan, Ko Jung Woo meminta Hyun Koo Tak untuk memberitahu perkara sebenar tentang kes tersebut. Ko Jung Woo merasakan bahawa Hyun Koo Tak mempunyai kaitan. Penonton menantikan bagaimanakah pengakuan Hyun Koo Tak.

Baca juga: Benarkah Choi Na Kyeom Dalang Di Sebalik Semua Tragedi dalam Black Out?

4. Bagaimanakah nasib Ko Jung Woo? Adakah  ibunya berjaya melepasi tahap kritikal?

a15b9546 506b 4f09 a6b4 2005aa54fab5

Sebelas tahun lamanya, Ko Jung Woo menderita. Dituduh sebagai pembunuh hingga bebas dari penjara, Ko Jung Woo tidak pernah senyum seperti zaman dia masih aktif sebagai pelajar sekolah. Namun, akhir-akhir ini, Ko Jung Woo sudah berjaya tersenyum kerana dia ditemani oleh No Sang Cheol dan Ha Seol.

Walau begitu, dia masih bimbang dengan keadaan ibunya yang masih belum sedarkan diri. Ibu Ko Jung Woo ditolak oleh ayah Shim Bo Young. Akibat kejadian tersebut, ibunya jatuh dari jambatan dan terhempas atas sebuah kereta yang berada di bawah jambatan itu.

Petikan episod akan datang, Ko Jung Woo kelihatan menangis ketika melihat ibunya. Adakah ibu Ko Jung Woo meninggal dunia? Ko Jung Woo pernah merancang sekiranya dia berjaya membersihkan namanya dan keluarga, dia ingin mengajak ibunya pindah ke Seoul untuk memulakan hidup yang baru.

Baca lagi: Siapakah Pembunuh Sebenar dalam Black Out? Semua Watak Mencurigakan

5. Adakah Noh Sang Cheol sudah boleh menerima pemergian kekasihnya?

Black out

Setiap Kali bertemu dengan penjenayah, Noh Sang Cheol merasa benci dan hatinya menjerit-jerit ingin membunuh mereka. Akibat tindakan impulsifnya, dia dipindahkan untuk bertugas ke Mucheon. Dia bertindak seperti itu kerana dia belum boleh menerima pemergian kekasihnya.

Pada hari perkahwinan mereka, bakal isterinya tersebut ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali. Kita masih belum mengetahui adakah penembak tersebut sudah berjaya ditangkap ataupun belum.

Kelima-lima persoalan di atas akan terjawab pada episod 14 Black Out. Episod akhir tersebut akan ditayangkan pada 4 Oktober 2024. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Black Out Hampir Tamat, Kejutan Kes Bunuh 11 Tahun Lalu Terungkap Akhirnya
Baca juga: Ahn Bo Hyun Bakal Muncul dalam 3 Kdrama Baru, Flex X Cop 2 Paling Dinantikan