Home Concert BLACKPINK 2019 World Tour with KIA (In Your Area) Kuala Lumpur Post...

BLACKPINK 2019 World Tour with KIA (In Your Area) Kuala Lumpur Post Concert Review

0
NO1 1097

Pada 23 Februari yang lalu, admin telah dijemput oleh MacpiePro untuk menghadiri Konsert BLACKPINK 2019 WORLD TOUR With KIA (IN YOUR AREA) KUALA LUMPUR yang bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Pelbagai acara telah diadakan sebelum konsert bermula. Antara yang menarik adalah persembahan tarian lagu Blackpink daripada peminat di booth penaja utama iaitu KIA dimana peminat juga diberi peluang memenangi pelbagai hadiah bagi yang menyertai aktiviti mereka.

Konsert yang berlangsung selama 2 hari ini sudah semestinya mendapat sambutan hangat apabila seramai 8,000 orang telah memenuhi stadium pada hari pertama dan lagi 8,000 orang pada keesokan harinya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan penonton yang hadir adalah 16,000 orang. Walaupun ini konsert sulung mereka di Malaysia, namun sambutan tidak menghampakan daripada BLINK.

Konsert bermula sekitar jam 6.00 petang dan sorakkan peminat memenuhi ruangan stadium apabila Blackpink membuat persembahan pembukaan dengan lagu hit mereka DDU-DU-DDU-DU. Seterusnya, kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu, Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé kelihatan bertenaga dengan persembahan lagu Forever Young.

NO1 1568

Sesi perkenalan bermula sejurus selesai persembahan kedua mereka. Interaksi mereka dengan BLINK menjadi lebih mudah kerana rata-rata ahli kumpulan Blackpink fasih bertutur bahasa Inggeris. Satu perkara menarik adalah mereka tampil dengan memperkenalkan diri mereka dalam Bahasa Melayu. Pada malam itu juga, peminat geli hati dengan telatah Jisoo yang tidak henti melaungkan “Aku cinta kamu”. Comel je Jisoo ni!❤️ Tanpa melengahkan masa, Blackpink kembali beraksi dengan lagu ‘Stay’ dan ‘Whitsle’ dari album single mereka ‘Square Up’.

Apa yang best tentang konsert Blackpink ini adalah persembahan solo setiap ahli yang sudah semestinya lagi menonjolkan bakat mereka yang sedia ada. Persembahan solo dimulakan oleh Jisoo yang kelihatan begitu menawan dan memukau penonton dengan kecantikan beliau yang muncul duduk bak seorang puteri di atas pentas bergerak dengan lagu ‘Clarity’ dendangan penyanyi asal Foxes dan Zedd. Dengan sedikit gubahan pada lirik Inggeris kepada bahasa Korea, Jisoo berjaya mempersembahkan lagu ini mengikut gayanya tersendiri.

NO1 1685
Jisoo menyanyikan lagu “Clarity”

Kemudian, Lisa yang mempunyai ramai peminat di Malaysia membuat seluruh stadium bergema dengan jeritan BLINK melalui persembahan solo beliau, ‘Take Me’ dan ‘Swalla’. Paling admin suka, semasa lagu ‘Swalla’, Lisa memilih untuk mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata berbanding pakaiannya di negara lain demi menghormati budaya di Malaysia.

NO1 2138
Persembahan tarian memukau Lisa menambat hati penonton

Salah seorang ahli yang mempunyai vokal unik dalam Blackpink, Rosé muncul dengan seorang pemain piano untuk lagunya ‘Let It Be’, ‘You & I’, dan ‘Only Look At Me’. Alunan suaranya yang merdu boleh buat semua orang yang ada dalam stadium tu cair kot (termasuk admin????)

NO1 2364
Rosé kelihatan anggun semasa persembahan solonya!

Akhir sekali, persembahan yang dinantikan ramai. Tidak lain dan tidak bukan, Jennie yang sangat terkenal dengan lagunya ‘SOLO’. Siapa je tak tau lagu ni, hampir setiap hari boleh dengar di corong radio kan. Admin just nak cakap, ianya lagi bagus kalau korang dengar live! ????

NO1 2433
‘Queen’ Jennie dengan persembahannya, ‘SOLO’

Blackpink juga menyanyikan lagu ‘Kiss and Makeup’ (tapi takda Dua Lipa ok!), ‘So Hot’, ‘Playing With Fire’, ‘Really’, dan ‘See U Later’. Seakan tidak percaya, penonton akhirnya berpeluang menyaksikan persembahan Blackpink secara langsung.

Sebelum persembahan encore, Blackpink muncul dengan persembahan ‘16 Shots’, ‘Boombayah’ dan ‘As If It’s Your Last’. Merekalah antara kumpulan wanita yang paling bertenaga bagi admin. Dengan tarian yang agak sukar, namun persembahan dan tenaga yang disalurkan mereka konsisten dari awal sampai ke hujung konsert.

NO1 4538

Semasa kemuncak konsert, Blackpink sekali lagi menyanyikan “DDU-DU-DDU-DU” namun kali ini mereka kelihatan bebas berinteraksi dengan peminat berbanding persembahan pembukaan. Tiba saat sesi bergambar, Blackpink mengajak kesemua BLINK di dalam stadium bergambar sebagai memori bersama di Malaysia. Bagi penutup konsert ini, lagu ‘Stay’ dipilih dimana liriknya sangat bermakna dan sesuai sekali ditujukan kepada peminat mereka. Ketika persembahan ini, dapat dilihat wajah Jennie seolah-olah menahan air mata. Mungkin berasa terharu kot sebab tak expect dengan sambutan yang mengalakkan BLINK Malaysia malah ada juga BLINK dari luar negara yang hadir. Blackpink ni betul-betul sayangkan peminat kan. Untung korang disayangi, jangan cakap kurang kasih sayang pulak lepas ni~

Secara keseluruhannya, Blackpink 2019 World Tour with KIA (In Your Area) Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya dan rata-rata penonton berpuas hati! Jangan lupa datang lagi ye BLACKPINK!????????

Apa-apa pun jutaan terima kasih kepada penganjur MacpiePro kerana telah memberi peluang kepada Daebaking untuk membuat liputan konsert Blackpink kali ini. Diharap Daebaking dan MacpiePro boleh terus bekerjasama pada masa akan datang!

Siapa yang tak berpeluang menonton konsert hari tu sila-sila lah lihat gambar dibawah ye…Sini admin ‘belanja’ sedikit gambar untuk korang…

NO1 1659
NO1 0465 1
NO1 1309
NO1 3249
NO1 1073
NO1 4212
NO1 4638
NO1 4652

Kredit Foto: YG Entertainment