Adakah BLACKPINK akan berjaya melalui “sumpahan tujuh tahun”?
BLACKPINK telah memulakan kerjaya mereka pada tahun 2016, dan kini mereka semakin hampir menghampiri ulang tahun ke-7 mereka pada tahun 2023!
Walaubagaimanapun, terdapat peminat yang bimbang. Ini kerana “sumpahan tujuh tahun” yang begitu banyak dialami oleh kumpulan K-Pop dahulu, seperti SISTAR, 4MINUTE, MISS A, KARA, dan 2NE1.
Kemungkinan kontrak BLACKPINK akan berakhir pada 2023, dan sementara semua orang berharap agar mereka memutuskan untuk memperbaharuinya dan meneruskannya sebagai empat ahli, beberapa BLINK percaya bahawa mereka mungkin akan dibubarkan.
Salah satu sebab untuk ini adalah kerana temu bual Jisoo bersama majalah Rolling Stone. Dia berkata bahawa menjadi seorang selebriti “tidaklah begitu hebat”, dan dia tidak berasa seperti “bintang dunia pun”.
Ini berkemungkinan kerana Jisoo seorang yang merendah diri. Namun, sesetengah peminat telah mengambil ayat Jisoo dengan pandangan yang berbeza.
Dia juga pernah berkata bahawa kadangkala dia tidak melakukan persembahan atas sebab semangat, tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab dan kewajipannya dalam bekerja.
Atas sebab ini dan lain-lain, BLINK bimbang walaupun BLACKPINK tidak dibubarkan, berkemungkinan Jisoo tidak akan memperbaharui kontraknya.
Satu lagi sebab sesetengah peminat bimbang tentang pembubaran adalah kerana kekurangan aktiviti secara kumpulan dan kebanyakan ‘update’ mereka di Instagram adalah aktiviti dan gambar mereka secara solo (bukan berkumpulan).
Akhir sekali, sebab ketiga yang menyebabkan beberapa BLINK bimbang tentang pembubaran ialah kerana kewujudan kumpulan gadis rookie baharu yang hebat-hebat seperti aespa, NMIXX, IVE LE SSERAFIM, dan lain-lain.
Baca lagi: “Saya Makan 6 Suap Sahaja” Adibah Noor Dedah Punca Dan Tips Turunkan Berat Badan
Baca lagi: Sering Menderma RM500 Ribu, Rupanya Ada Harta Sebanyak Itu! Ini 5 Penyanyi K-Pop Perempuan Terkaya
Semoga kemunculan semula mereka yang akan datang ini akan dapat menghiburkan BLINK!
Sumber: [1]