Home Entertainment BLACKPINK Jisoo Memberikan Sedikit “Spoiler” Debut Solonya Di Weverse

BLACKPINK Jisoo Memberikan Sedikit “Spoiler” Debut Solonya Di Weverse

0

Menjelang debut solonya, ahli BLACKPINK, Jisoo telah meluangkan masanya di platform komuniti peminat Weverse, di mana dia memberikan sedikit spoiler tentang albumnya yang akan datang.

Pada 7 Mac (KST), Jisoo melayari akaun Weverse dan menjawab banyak soalan daripada peminat, dan pada masa yang sama dia telah memberikan “spoiler” debut solonya yang akan datang.

Khususnya, Jisoo memulakan perbualan dengan berkata, “BLINK! Terima kasih kerana terus menunggu sekian lama! Akhirnya, kita ada masa untuk berjumpa, dan ini terasa begitu nyata.

dummy 1

Semasa proses penyediaan, saya agak takut dan bimbang, tetapi terima kasih kepada anda semua, saya dapat buat pelbagai perkara! Mudah-mudahan, anda akan menyukainya! Mari kita nantikan 31 Mac dengan perasaan teruja ya”.

Kemudian, apabila seorang peminat mengucapkan tahniah kepada projek solonya, Jisoo berkata ia adalah sukar dipercayai bahawa dia sedang bersiap sedia untuk keluaran solo. Idola wanita itu juga ada bergurau berkata, “Saya mempunyai banyak kebimbangan dan sangat kesepian, jadi BLINK harus membantu mengisi kekosongan ini”.

Jisoo juga menyebut bahawa dia sama teruja dengan peminat, dan ahli BLACKPINK memberinya banyak sokongan.

Blackpink jisoo thumbnail 1 27022023 1024x538 1

Apabila diminta untuk spoilkan lagunya yang akan datang, Jisoo ketawa dengan menjawab, “Um… doodoodoong..! tatatatadak!! Shooooong… Saya tidak tahu, betul ke macam tu? Saya pun tidak faham apa yang saya taip!”

Menurut idola wanita itu, dia banyak memikirkan dua versi album itu, sebelum memilih Merah dan Hitam sebagai warna versi. Dia juga memilih warna ungu untuk dijadikan warna LP kerana dia menyukainya.

Selepas itu, Jisoo juga meluahkan kebimbangan untuk membuat fansign-nya yang pertama, dan menunjukkan kebimbangan yang menyeronokkan apabila peminat berkata mereka akan membeli 103 salinan album solo Jisoo.

210928 Jisoo 6

Idola wanita itu juga mengakhiri sesi Soal Jawabnya dengan peminat dengan berkata, “Sudah tiba masanya untuk saya pergi! Saya datang untuk menyapa dengan hati yang gembira seperti musim bunga. Mari kita tunggu album bersama-sama dan saya akan melawat anda lagi (di Weverse)! Semoga anda semua meluangkan masa anda sebaiknya pada bulan Mac ini! Saya sayang awak.”

Baca lagi: Perkahwinan Jung Kyung Ho & Sooyoung Semakin Dekat?

Baca lagi: Jungkook BTS Sekolahkan Peminat