YG Entertainment, agensi pengurusan Blackpink mengumumkan kumpulan K-Pop terkenal itu tidak lagi menerima hadiah daripada peminat kecuali kiriman surat.
Keputusan itu disampaikan oleh agensi berkenaan selepas mereka menerima banyak ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun kelima, berdasarkan laporan Soompi dan Utusan.
“Kami ingin membuat pengumuman mengenai peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada Blackpink. Tahun ini kami menerima banyak ucapan tahniah yang terlalu banyak untuk ulang tahun kelima.
“Selepas berbincang dengan ahli kumpulan Blackpink, kami dengan rasa hormat, tidak akan menerima lagi hadiah yang dihantar oleh peminat.
“Kami akan rasa bersyukur dan menghargai sekiranya anda menghantar hadiah tersebut kepada orang lain yang memerlukan.
“Selain surat kiriman peminat, diingatkan bahawa hadiah atau bungkusan yang dihantar akan dikembalikan atau dibuang. Kami meminta kerjasama dan peminat memahami.
“Kami akan melaksanakan dasar ini mulai 12 Oktober 2021.
“Kami juga mahu peminat terus memberi sokongan kepada Blackpink walaupun bukan dengan pemberian hadiah,” tulisnya.
Sumber gambar utama: Beano