Blood Free ialah siri televisyen Korea Selatan yang ditulis oleh Lee Soo-yeon, diarahkan oleh Park Chul-hwan, dan dibintangi oleh Ju Ji-hoon, Han Hyo-joo, Lee Hee-joon, Lee Moo-saeng, Park Ji-yeon. Ia ditayangkan di Disney+ pada 10 April 2024, dan disiarkan setiap hari Rabu.
Drama terbaru yang menyaksikan gandingan pelakon hebat Ju Ji Hoon dan Han Hyo Joo yang bertajuk Blood Free ini telah ditayangkan sebanyak dua episod secara perdana.
Blood Free yang bakal muncul sebanyak sepuluh episod ini menceritakan tentang syarikat bioteknologi yang diketuai oleh Yun Ja Yu (Han Hyo Joo) dan On San (Lee Mu Saeng). Syarikat bioteknologi tersebut dikenali sebagai Blood Free atau disingkatkan dengan panggilan BF. BF sedang mengembangkan usaha pembuatan daging tiruan sebagai pengganti daging haiwan. Mereka merancang akan mengembangkan produk ini juga ke makanan laut, seperti makarel, tuna, salmon, dan juga udang.
Daging tiruan yang dikembangkan oleh BF mendapat banyak kecaman, terutamanya dari para peternak haiwan. Sebab itulah, episod awal drama Blood Free sudah menimbulkan banyak persoalan. Penonton berharap semuanya akan terjawab secara terperinci hingga episod akhir.
Berikut ini tujuh persoalan yang muncul di awal episod drama terbaru Korea “Blood Free”.
1. Adakah Woo Chae Woon (Ju Ji Hoon) masuk ke BF hanya untuk bekerja atau menjadi pengintip untuk beka presiden?
2. Adakah Yun Ja Yu turut terlibat dalam aksi serangan pesawat semasa bertemu dengan para CEO dan bekas presiden?
3. Bagaimanakah cara Yun Ja Yu menjawab cabaran perdana menteri Seonu Jae (Lee Hee Jun) untuk membuktikan daging tiruan BF itu menepati garis panduan undang-undang dan selamat?
4. Adakah ransomware yang menggodam program BF dilakukan oleh pihak dalaman? Siapakah yang melakukannya dan apakah motif di sebalik perkara itu?
5. Sewaktu BF mengalami kesukaran, On San memilih untuk menjadi pengarah penyelidikan dan meninggalkan jawatannya sebelum ini, apakah sebenarnya ada motif yang tersembunyi?
6. On San memegang jawatan sebagai pengarah perubatan di BF. Namun dia enggan bertemu dan dikenali oleh pihak media. Apakah alasan di sebalik sikap tersebut?
7. Apakah strategi Yun Ja Yu untuk menghentikan penunjuk perasaan di depan pejabatnya?
Dalam waktu yang sama, penasihat undang-undang BF mengalami kemalangan di waktu kritikal Yun Ja Yu memantau pesalah yang mengugutnya untuk menghantar wang sejumlah 80 billion won dengan berpura-pura menggodam program BF. Adakah sama seperti sangkaan Yun Ja Yu bahawa penasihat undang-undangnya dan ketua penyelidikan adalah dalang di sebalik konflik ini?
Nantikan jawapan dari semua persoalan di atas pada episod seterusnya dalam drama Blood Free yang boleh anda tonton di Disney+ ya!