Netflix telah menayangkan sebuah siri original yang bertajuk Bloodhounds
Berjumlah 8 episod, drama siri “Bloodhounds” ini telah ditayangkan pada 9 June 2023.
Diangkat dari sebuah webtoon, Woo Do-hwan, Lee Sang-yi, Park Sung-woong, dan Huh Joon-ho drama siri “Bloodhounds” mengisahkan tengang dua orang petinju muda yang bernama Kim Gun Woo (Woo Do Hwan) dan Hong Woo Jin (Lee Sang Yi) yang membantu pemberi pinjaman baik hati iaitu Tuan Choi (Heo Jun Ho), dalam melawan lintah darat yang jahat dan kejam iaitu Kim Myeong Gil (Park Sung Woong).
Jom sama-sama kita lihat beberapa pengajaran yang dapat diambil dari kisah Bloodhounds ini:
1. Keluarga tidak semestinya mempunyai pertalian darah
Dalam siri “Bloodhounds” ini kita boleh melihat hubungan Kim Geon Woo dan Hong Woo Jin. Mereka berdua tidak mempunyai hubungan pertalian darah. Namun, mereka saling mengambil berat antara satu sama lain padahal pada awalnya mereka adalah lawan dalam pertandingan tinju.
Kemudian Tuan Choi sudah menganggap Cha Hyeon Joo (Kim Sae Ron) seperti cucunya sendiri. Perkara ini adalah kerana ayah Cha Hyeon Joo pernah meminjam wang suatu ketika dulu. Merasa kasihan kerana ayah Cha Hyeon Joo meninggal bunuh diri, wanita tersebut terus dianggap sebagai cucu oleh Tuan Choi.
2. Harta tidak bersalah, yang bersalah adalah manusia itu sendiri
Beberapa orang mempunyai pandangan buruk tentang harta. Ada orang mengatakan bahawa harta boleh membawa seseorang ke lembah kehinaan. Jika dilihat lebih mendalam, harta ini tidak perlu disalahkan, yang bersalah adalah orang yang menggunakannya.
Cuba bandingkan watak Choi dan Kim Myeong Gil dalam menguruskan harta mereka. Choi menguruskan hartanya untuk membantu orang-orang yang dalam kesusahan. Dia tidak mengenakan sebarang bunga pinjaman.
Sedangkan Kim Myeong Gil iaitu pemilik Smile Capital sungguh kejam dalam urusan pinjaman. Dengan menggunakan anak buahnya yang pandai berbicara, mangsa terus terjerat untuk setuju meminjam wang dari syarikatnya.
Setiap minggu mereka perlu membayar 10% bunga daripada pinjaman pokok. Lebih parah lagi, dia licik menuliskan dengan huruf kecil yang apabila jika lambat bayar, bunganya akan naik 20 peratus.
3. Tidak bersyukur membuatkan seseorang rakus
Dalam agama mana pun mengajarkan supaya kita mempunyai rasa cukup dan bersyukur. Bersyukur boleh menghindarkan diri daripada rasa tamak. Ketamakan ini bukan hanya membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain.
Kim Myeong Gil adalah salah satu watak yang digambarkan sangat tamakkan harta. Sangat kejam sebagai lintah darat, membuatkan dirinya kaya dengan cepat. Namun, di sebalik kekayaan yang diperoleh itu, kesusahan dan jerih payah orang-orang lain yang dirampas dan digunakan olehnya.
4. Kejahatan berlaku kerana ada kesempatan dan peluang
Kadang-kadang para penjenayah sangat licik dan berfikir secara bijak. Mereka boleh mengambil kesempatan ke atas satu-satu situasi untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan orang lain. Mereka hanya fokus kepada tujuan mereka sendiri sahaja.
Drama siri Bloodhounds mengambil latar waktu COVID. Sebagaimana yang telah diketahui pandemik ini mengakibatkan banyak syarikat gulung tikar. Kim Myeong Gil pandai mengambil kesempatan ini.
Dengan menggunakan anak buahnya, dia boleh tersenyum lebar apabila ramai mangsa yang terpedaya. Ibu Kim Geon Woo juga turut menjadi mangsa helah licik Kim Myeong Gil. Cafe ibu Kim Geon Woo dirosakkan oleh Kim Myeong Gil dan orang-orangnya.
5. Setiap orang adalah berbeza
Menolong seseorang dalam kesusahan memang merupakan perbuatan yang terpuji. Paling ketara terdapat dua jenis manusia yang membalas setiap pertolongan, jenis pertama membalas pertolongan dengan berterima kasih dan jenis kedua pula membalas pertolongan dengan kelakuan lupa diri dan sombong.
Realitinya yang menyakitkan adalah jenis golongan orang yang lupa diri bahawa mereka dulu pernah ditolong.
Sebagai contoh, Hwang Yang Jung (Lee Hae Young), Lee Du Yeong (Ryu Soo Yeong), Oh In Muk (Min Kyung Jin), Cha Hyeon Ju, dan Kim Gun Woo adalah orang-orang yang telah ditolong oleh Choi.
Mereka tidak pernah berkira jika dimintai bantuan. Sedangkan Kim Myeong Gil yang dahulunya merupakan bekas banduan yang menerima ihsan Choi, sewaktu Choi menutup jalannya di bidang pinjaman wang, diam-diam Kim Myeong Gil beserta Kang In Beom (Taek Won Seok) mencuri semua wang dan emas. Sementara Choi pula dipukul berhabis-habisan hingga lumpuh.
Lintah darat memang menghasilkan wang dan memberi pinjam wang dengan cara yang salah. Ramai mangsa yang telah terpedaya dengan lintah darat. Oleh sebab itu, drama siri Bloodhounds mengajak para penonton untuk seboleh mungkin menjauhi lintah darat atau ceti haram atau pun ahlong yang sangat mencekik darah!
Baca lagi: “Bloodhounds” – Belakang Tabir Siri Netflix Terbaharu
Baca juga: Tale of The Nine Tailed Bakal Akan Ada Musim 3