Drama siri “Bloodhounds” sudah ditayangkan di Netflix pada 9 Jun 2023 yang lalu dengan jumlah 8 episod semuanya.
Drama siri “Bloodhounds” ini membawa kisah tentang dua orang petinju muda, Gun Woo (Woo Do Hwan) dan Woo Jin (Lee Sang Yi) yang masuk ke dalam dunia perniagaan pinjaman wang. Mereka perlu berhadapan dengan seorang lintah darat yang kejam bernama Kim Myeong Gil (Park Sung-woong) beserta konco-konconya.
Pelakon veteren Park Sung Woong diberi kepercayaan untuk membawa watak villain utama dalam drama siri Bloodhounds ini. Watak Kim Myeong Gil yang dilakonkan telah berjaya membuat para penonton naik darah dan berasa benci teramat kerana kekejamannya yang melampau.
Berikut ini merupakan lapan tindakan kejam dan kejahatan yang dilakukan oleh Kim Myeong Gil, jom sama-sama kita lihat:
1. Kim Myeong Gil menipu peniaga kecil yang mempunyai kesulitan untuk membayar sewa pada masa pandemik COVID-19 dengan menjanjikan pinjaman dengan bunga rendah
2. Dia juga menyuruh kaki tangannya untuk mencuri identiti gelandangan supaya mereka boleh meminjam wang dengan syarikat pinjaman wang lain dan mereka tidak perlu membayar pinjaman tersebut
3. Hong Min Beom (Choi Siwon) yang berasal daripada golongan Chaebol juga diancam dengan video tanpa seurat benang yang dirakam oleh orang-orang Kim Myeong Gi4. Kim Myeong Gil juga tanpa ragu sanggup untuk membunuh Choi Tae Ho (Heo Jun Ho) yang dahulunya adalah ketuanya yang juga merupakan orang yang mengajarnya tentang selok belok perniagaan
5. Pernah menjadi rakan sekerja, dia juga turut mengkhianati Hwang Yang Jung (Lee Hae Young), Lee Du Yeong (Ryu Soo Young), dan Moon Gwang Mu (Park Hoon)
6. Dia langsung tidak takut untuk mencederakan polis Min Gang Young (Choi Young Joon), Kang Tae Yeong (Park Ye Ni), dan Yoon Han Gu (Lee Yoon Hwan)
7. Untuk memperdaya Gun Woo dan Woo Jin, Kim Myeong Gil sanggup menculik dan menahan Oh In Muk (Min Kyung Jin) yang telah pun lanjut usia
8. Dia juga pernah memukul orang hingga mati sewaktu dia sedang mabuk lalu menyuruh orang bawahannya untuk menguburkan mayat tersebut
Boleh dilihat bahawa Kim Myeong Gil tidak teragak-agak untuk melakukan setiap dosa dan kejahatannya. Tindakan tersebut dilakukan semata-mata untuk meraih keuntungan peribadi sahaja.
Baca lagi: “Bloodhounds” – 5 Pengajaran Berharga Daripada Siri Ini
Baca juga: “Bloodhounds” – Belakang Tabir Siri Netflix Terbaharu