Ramai yang menunjukkan minat mereka terhadap gangguan spektrum autisme melalui drama ENA “Extraordinary Attorney Woo”, seorang peguam juga menyatakan pendapatnya sama ada orang autistik boleh menjadi seorang peguam atau tidak.
Dalam temu bual dengan OSEN pada 14 Julai, Jung Chan, Ketua Pegawai Eksekutif firma guaman Vits Law, menyatakan pemikirannya tentang seorang peguam yang mengalami gangguan spektrum autisme.
Dia berkata, “Setahu saya, Korea tidak mempunyai mana-mana peguam yang mengalami gangguan spektrum autisme”, sambil menambah “Tiada juga sekatan untuk pergi ke sekolah undang-undang atau mengambil peperiksaan peguam untuk orang autistik. Oleh itu, jika mereka mendapat kelayakan, itu sudah memadai untuk mereka menjadi peguam.”
“Extraordinary Attorney Woo” kini menjadi topik hangat kerana ia terus memecahkan rekod ratingnya sendiri dalam setiap episod baharu.
Dalam ” Extraordinary Attorney Woo”, Woo Young-woo bertemu dengan ‘client’ dan menyelesaikan kes dengan idea yang sangat luar biasa. Dia secara semula jadi mampu bergaul dengan rakan sekerjanya di firma guaman tersebut.
Peguam Jung berkata, “Jika ada peguam seperti Woo Young-woo, saya rasa kita boleh bekerjasama dengan baik. Saya tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang gangguan spektrum autisme, tetapi saya fikir adalah penting untuk bertimbang rasa sedikit demi sedikit.”
“Extraordinary Attorney Woo” telah mendapat banyak populariti sejak kebelakangan ini. Kini drama itu sudah hampir separuh daripada tayangannya, perhatian mula tertumpu pada penamat yang akan dihadapi Woo Young-woo dalam siri 16 episod itu.
Baca lagi: Akibat Mabuk Song Ji Hyo Telah Membuat Perkara Gila Ini!
Baca lagi: Dituduh Membuli Sehingga Keluar AOA, Peminat Bersorak Kerana Jimin Akhirnya Ambil Jalan Ini