ITZY Yuna secara tidak langsung telah meluahkan perasaannya tentang isu yang sedang hangat diperkatakan.
Pada 29 April, seorang peminat telah bertanya kepada Yuna “Apa yang awak makan?” melalui Bubble (aplikasi perkhidmatan komunikasi berbayar). Kemudian, Yuna menjawab, “(Saya makan) Greek apple crumble. Saya di asrama. Ia bukan jokbal.”
Selepas itu, dia menarik perhatian dengan menjawab soalan peminat tentang statusnya baru-baru ini, “Sedap. Saya makan dengan baik, jadi jangan risau ye.”
Baru-baru ini, kemunculan Yuna di pentas Yes24 Live Hall di Gwangjin- gu, Seoul telah menjadi topik hangat di media sosial.
Yuna yang memakai ‘cropped T-shirt’ di atas pentas, menunjukkan susuk tubuh yang cukup langsing sehinggakan boleh mengira bilangan tulang rusuknya.
Baca lagi: “Squid Game” Musim Ke-2 Akan Dikeluarkan Pada Tahun 2024, Pengarah Hilang 6 Gigi Akibat Stress
Apabila melihat perkara ini, netizen di luar negara meluahkan rasa kebimbangan seperti “Saya tidak percaya”, “Bagaimana ini boleh menjadi badan yang normal”, “Kesian dia” dan “Diet K-pop sangat gila.”
Sebaliknya, beberapa netizen Korea menunjukkan reaksi seperti “Seorang yang kurus sejak lahir”, “Rusuknya hanya terselah oleh kerana pencahayaan” dan “Mungkin dia dilahirkan kurus.”
Sementara itu, kumpulan Yuna ITZY semakin popular di seluruh dunia, dengan video muzik untuk single Jepun pertama mereka “Voltage” yang dikeluarkan pada 6 April, dah kini sudah mencapai 10 juta tontonan di YouTube.