Home News “Boleh Tahan Kreatif Juga Ye Pencuri Skrg”-Aksi Lelaki Menukar QR Code Masjid...

“Boleh Tahan Kreatif Juga Ye Pencuri Skrg”-Aksi Lelaki Menukar QR Code Masjid Dirakam CCTV

0

Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman twitter di mana rakaman cctv sebuah masjid menunjukkan penampakan seorang lelaki yang dikatakan sedang menukar QR Code masjid tersebut dengan QR Codenya sendiri.

“Boleh tahan kreatif jugak ya pencuri sekarang. Dia tukar QR Code masjid dengan QR Code dia sendiri..Orang nak derma kat masjid terus masuk akaun dia. Lain macam punya bijak”

Rakaman cctv yang dimuat naik tersebut telah mendapat perhatian netizen dan mereka menyifatkan bahawa perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang keji.

“Dah la miskin harta, miskin pula akal sampai tergamak nak mencuri dengan cara macamni. Zaman sekarang macam2 cara nak dapat duit cara halal bang. Bertaubatla”

Lihat video di twitter :

Lihat juga komen netizen :

@eykazeka : luar tengkorak betul pemikiran dia eh

@Riyadhuhanis : Ni confirm2 dah kantoi. Senang sgt nak trace

@ainshares : Pengajarannya, nak buat payment guna QR code kena hati-hati and alert nama empunya acc.

@siku_lipat : Orang yg alert akan perasan nama akaun tu before transfer..

@IFNTShinki_line : Jahatnya jadi manusia. Kenapa tak jadi syaitan je

@amrrlazmi : Gaya mcm org berduit tp sengkek bebal

@hi_izzxah : Dia memang tak perasa ek ada cctv dekat area situ. Pakai spek pun rabun lagi

@zarinazanle : Pergh, kat masjid kot. Dengan muka takde serba salah

Di bulan yang mulia ini masih ada juga orang yang sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ye.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter