Home Kdrama/Kmovie Bong Ae Ibu Mertua Impian Ramai, Watak Kesayangan dalam Queen of Tears

Bong Ae Ibu Mertua Impian Ramai, Watak Kesayangan dalam Queen of Tears

0

Jeon Bong Ae (Hwang Young Hee) dalam drama Korea Queen of Tears merupakan watak ibu mertua yang baik bagi Hong Hae In (Kim Ji Won). Ibu kandung Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) tersebut juga dikenali sebagai seorang ibu baik yang penyayang. Bukan hanya kepada anaknya, dia juga memberikan kasih sayang yang tulus pada menantunya.

Bahkan, kasih sayang Bong Ae melebihi ibu kandung Hae In sendiri, iaitu Kim Sun Hwa (Na Young Hee). Sementara ibu kandung Hae In membenci anaknya, Bong Ae melayan Hae In dengan sangat baik.

Bagaimanakah sikap penyayang Bong Ae pada Hae In hingga membuatnya menjadi seorang mertua idaman dan impian para penonton Queen of Tears?

 

1. Sangat bimbang tentang kesihatan Hae In

Bong AePKasih sayang Bong-ae kepada Hae In tampak jelas ketika dia begitu bimbang tentang keadaan kesihatan menantunya tersebut. Walau telah mengetahui anaknya ingin bercerai, dia tetap memberi pesanan kepada Hae In supaya menjaga kesihatannya. Bagi Bong Ae, kesihatan Hae In adalah perkara yang sangat penting.

Sikap ini sangat berbeza dengan sikap ibu kandung Hae In sendiri. Ketika Hae In pengsan, Sun Hwa meminta orang sekeliling supaya tidak bimbang berlebihan. Sementara itu, Bong-ae yang hanya sekadar mertua bersungguh-sungguh meminta Hae In untuk pergi berjumpa doktor.

 

2. Sangat menitikberatkan tentang makanan yang diambil oleh Hae In

9e2ea623 0252 4575 bb5d dd52c3374450Bukan hanya prihatin tentang kesihatan menantunya yang kelihatan makin teruk, Bong-ae juga sangat prihatin tentang perkara-perkara lain mengenai Hae In. Salah satunya adalah makanan yang dimakan oleh Hae In. Dia pernah memberi menantunya tersebut makanan yang bebas racun serangga demi kesihatannya.

Bukan hanya itu, ketika Hae In makan di Yongdu-ri, Bong Ae mengingatkan menantunya untuk makan dengan perlahan-lahan supaya tidak sakit perut. Sikap penyayangnya ini pasti sahaja tidak pernah Hae In rasakan dari ibu kandungnya sendiri. Sun Hwa hanya fokus menyayangi anak bongsunya sahaja iaitu Hong Soo Cheol (Kwak Dong Yeon) dan membenci Hae In dengan alasan yang tidak masuk akal.

 

3. Memanggil Hae In dengan panggilan “sayang”

636fef3a c61d 430a b3f6 8bf9890fde27Walau Hae In berstatus sebagai menantu, Bong-ae melayaninya seperti anak kandung sendiri. Dia bahkan memanggil Hae In dengan lembut dan kerap memanggilnya dengan panggilan sayang. Panggilan sayang Bong-ae pada Hae In juga masih digunakan bahkan ketika Hyun Woo dan Hae In rasmi bercerai.

Sementara itu Sun Hwa tidak pernah memanggil Hae In dengan panggilan sayang, dia kerap memarahi Hae In hanya kerana anak bongsu kesayangannya. Kebencian Sun Hwa pada Hae In menjadi akar kerenggangan hubungan mereka. Anehnya, Sun Hwa tidak suka ketika Hae In dan mertuanya kelihatan saling berhubungan dengan baik.

 

4. Bergurau dan berbual mesra bersama Hae In
Ibu mertua

Sikap penyayang Bong-ae yang ditunjukkan kepada Hae In adalah dengan kerap berbual mesra dan mereka berdua terasa begitu serasi dan selsesa bersama. Dia dapat membuat Hae In yang memiliki sikap dingin terus tertawa dan sangat bersemangat ketika berborak dengannya. Perkara ini jugalah yang membuatkan Hae In begitu menghormati Bong Ae.

Contohnya semasa di Yongduri, Hae In membantu Bong Ae memasak. Walau bekas menantunya tersebut tidak mampu memotong sayur-sayuran, Bong Ae melemparkan gurauan yang membuatkan Hae In kagum dan tertawa. Hubungan antara mereka yang pernah memiliki ikatan menantu dan mertua ini terasa jauh lebih hangat jika dibandingkan dengan hubungan antara Hae In dan ibu kandungnya.

Kasih sayang dan sikap hangat Bong Ae pada Hae In memang membuatnya menjadi watak mertua impian ramai penonton. Dia mampu mengisi kekosongan peranan watak ibu kandung Hae In. Semoga sikap hangat dan penuh kasih sayang Bong Ae dapat menyatukan Hyun Woo dan Hae In kembali.

Baca juga: “Queen of Tears” Mengatasi “Reply 1988” Untuk Menjadi Drama Rating Tertinggi Ke-3 Dalam Sejarah tvN
Baca lagi: Sebagai Villain dalam “Queen of Tears”, Park Sung Hoon Ternyata Dari Keluarga Kaya Raya di Dunia Nyata, Putera Idaman Ramai Gadis Korea