Boyhood adalah drama siri yang mengisahkan tentang seorang anak remaja yang bernama Jang Byeong Tae (Im Si Wan) yang sering menjadi mangsa buli. Dia selalu dipukul walau di mana pun dia berada.
Suatu ketika, Jang Byeong Tae berjaya menjadi ketua geng kerana sebuah salah faham. Semua orang menyangka dia adalah Harimau Putih Ansan, kaki pukul yang sangat digeruni dan tidak pernah kalah. Dia keawang-awangan dan sangat bahagia waktu itu kerana dilindungi oleh anggota geng.
Tidak lama selepas itu, rahsia Jang Byeong Tae terbongkar kerana Harimau Putih Ansan yang sebenar bersekolah di tempat yang sama dengannya. Dia sudah mula pulih dari amnesia kerana kemalangan. Jang Byeong Tae perlu menghadapi kemarahan Harimau Putih Ansan sebenar dan kawan-kawannya yang sudah dibohongi. Dia dipukul dan tertindas lagi.
Selain perkara itu, apakah nasib malang Jang Byeong Tae yang lain dalam drama Boyhood ini? Jom sama-sama kita lihat!
1. Walau di mana dia berada, dia selalu dibuli oleh kawan-kawannya yang suka memukul dan berlagak samseng
2. Lahir dari keluarga miskin yang ayahnya adalah penipu dan selalu melarikan diri kerana dikejar pihak polis serta ibunya hanya penjual susu3. Pada awalnya cintanya terhadap Kang Seon Hwa berbalas. Sayangnya, dia diketahui berbohong dan gadis itu meninggalkannya
4. Masih diambil kesempatan oleh Kang Seon Hwa untuk meminjamkan duit untuk membelikan hafiah kepada lelaki lain walau dia telah ditinggalkan gadis itu
5. Dipukuli dengan teruk oleh geng samseng yang dulu memujanya kerana pembohongannya terbongkar
6. Terpaksa memukul satu-satunya kawan yang sangat prihatin padanya, hanya kerana dia perlu mengumpulkan duit untuk diberikan kepada ketua geng
7. Bekerja keras menghasilkan duit bersama kawan-kawannya, tapi bukan mereka yang menikmati hasil duit tersebut
8. Menjadi orang suruhan dan perlu melakukan apa-apa sahaja permintaan ketua geng yang suka menindas dan menghinanya
Jang Byeong Tae terus mendapatkan perlakuan buruk. Setelah ketahuan berbohong, dia sampai tak masuk sekolah. Namun, akhirnya dia memberanikan diri masuk sekolah, dan merelakan dirinya dipukuli habis-habisan serta menjadi pesuruh yang mau melakukan apa saja. Jang Byeong Tae hanya boleh menuruti semua itu. Namun, dia kini sedang belajar bagaimanakah cara untuk mengalahkan mereka-mereka yang berbuat jahat padanya, keluarganya, dan orang-orang terdekatnya. Adakah Jang Byeong Tae akan berjaya?