Home Entertainment Brad Pitt Akui Suka Menyendiri Gara-Gara Penyakit Pelik Ini

Brad Pitt Akui Suka Menyendiri Gara-Gara Penyakit Pelik Ini

0

Pelakon Brad Pitt baru-baru ini mendedahkan bahawa dia merasakan bahawa dia mengalami prosopagnosia, gangguan rabun muka yang jarang berlaku.

Lelaki berusia 58 tahun itu juga mengakui dia berasa ‘malu’ kerana tidak dapat mengingati wajah orang yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Dia juga berkongsi bahawa dia bimbang jika orang melihatnya sebagai suka ‘menyendiri atau mementingkan diri sendiri’. Malah, dia sukar untuk mengingati orang yang dia temui pada masa lalu atau beberapa saat yang lalu.

brad pitt 64

Walaupun Pitt tidak pernah didiagnosis secara rasmi, tetapi simptomnya menunjukkan bahawa dia mengalami buta muka.

Dia juga memberitahu GQ bahawa dia ingin bertemu dengan orang lain yang juga mengalami masalah yang sama sepertinya.

Sementara itu, Brad Pitt berpisah dengan Angelina Jolie pada 2016, dua tahun selepas mengikat tali pertunangan.

423782 259154 updates

Mereka diisytiharkan ‘single’ pada April 2019, bagaimanapun, pergaduhan mahkamah mengenai hak penjagaan anak dan aset masih berterusan sehingga kini.

Baca lagi: Lucinta Luna Kenalkan Diri Sebagai ‘Ratu 9 Nyawa’ Selepas Membuang Halkum

Baca lagi: Kdrama Favourite Korang, “Crash Landing On You”, Bakal Diterbitkan Secara Musikal

Sumber: [1]