Home Hollywood Brad Pitt dan George Clooney Bergabung dalam Filem Baru “Wolfs”, Bawa Genre...

Brad Pitt dan George Clooney Bergabung dalam Filem Baru “Wolfs”, Bawa Genre Aksi Komedi

0

Pengarah filem terkenal, Jon Watts bakal mempersembahkan buah tangannya iaitu filem terbaru yang berjudul Wolfs. Lebih menarik lagi, filem yang mengusung genre aksi dan komedi ini bakal menyaksikan “perjumpaan semula” antara 2 orang pelakon lagenda Hollywood iaitu George Clooney dan Brad Pitt, mereka sudah lama tidak bergandingan bersama dalam sebuah filem sejak mereka membintangi Burn After Reading pada tahun 2008 yang lalu.

Gabungan kedua-dua orang pelakon hebat berbakat besar tersebut pastinya memang dinantikan oleh para peminat setia dari seluruh dunia selepas trailer rasmi filem Wolfs dilancarkan pada hari Rabu, 29 Mei 2024 baru-baru ini. Pasti anda tertanya-tanya tentang maklumat lanjut filem terbaru ini bukan?

Berikut dibawah ini adalah sinopsis ringkas filem Wolfs dan juga tarikh tayangnya filem ini di pawagam layar perak.

 

1. Sinopsis filem Wolfs

WolfsFilem ini menceritakan tentang seorang penyelesai masalah (fixer) profesional yang bernama Jack yang diupah untuk menutup sebuah kes jenayah yang berprofil tinggi. Namun kemudian, lelaki yang biasa bekerja sendirian itu dipaksa untuk bekerja sama dengan seorang penyelesai masalah lain yang bernama Nick.

Walau kerjasama tersebut tidak pernah mereka mahukan, namun mereka perlu bekerja bersama kerana tiba-tiba sahaja situasi menjadi kacau bilau dan sukar untuk dikawal. Lalu, apakah yang akan terjadi seterusnya?

 

2. Senarai pelakon yang membintangi

Brat pitSelain memiliki plot cerita yang menarik, filem ini juga dibintangi oleh sangat ramai artis yang ternama. Merupakan filem yang menyaksikan gabungan hebat antara George Clooney dan Brad Pitt, berikut ini adalah senarai pelakon filem Wolfs.

● George Clooney sebagai Jack
● Brad Pitt sebagai Nick
● Amy Ryan sebagai Margaret
● Poorna Jagannathan
● Irina Dubova
● Austin Abrams

 

3. Tarikh tayangan filem

Wolfs

Penggambaran utama filem ini sebenarnya sudah dimulakam sejak awal Januari 2023 di New York City. Namun proses penggambaran dihentikan pada bulan Julai kerana tunjuk perasaan SAG-AFTRA 2023.

Kini bersama dengan pelancaran trailer yang memicu semangat para peminat, filem Wolfs disahkan akan ditayangkan di pawagam seluruh Amerika Syarikat pada 20 September 2024 akan datang. Walau begitu, belum ada maklumat lebih lanjut tentang rancangan tayangan peringkat global. Jadi, kita nantikan maklumat seterusnya ya!

Baca lagi: Dylan Kuo Bawa Watak Pahlawan Perang dalam C-Drama Baru “The Substitute Princess’s Love
Baca juga: Kerjaya 5 Selebriti Hollywood Ini Hancur Kerana Selebriti Lain? Siapakah Mereka?