Home News Brad Pitt mencekik dan menampar anak semasa meludah di jet peribadi..” –...

Brad Pitt mencekik dan menampar anak semasa meludah di jet peribadi..” – Angelina Jolie Seperti Hilang Sabar

0

Angelina Jolie menghantar beberapa surat laporan ke mahkamah pada hari Selasa sebagai salah satu usaha untuk proses penceraiannya yang telah berlaku sekian lama dengan seorang pelakon lelaki, Brad Pit, dengan tuduhan yang mengatakan bahawa bekas suaminya telah mencekik salah sorang daripada enam anaknya waktu mereka bertekak di jet peribadi mereka, memukul salah seorang di muka dan menghempas pelakon perempuan itu di dinding sambil memegang rambutnya.

Jolie berkata kelakuan Brad Pitt pada September 2016, ketika penerbangan mereka dari France ke California, menyebabkan anaknya menangis dan trauma, juga meninggalkan Jolie kecederaan pada belakang dan bahunya.

Selepas lima hari dari kejadian itu, Angelina Jolie ingin mengutuskan penceraian, dan pada September 2021 dia menjual saham di kilang wain di Perancis bermilik sama Brad Pitt. Pitt mengenakan saman terhadap Jolie atas penjualan saham yang telah dibuat, dan pada Hari Selasa Pitt telah disaman balas oleh jolie atas tuduhan khianat yang telah dibuat oleh Pitt.

‘Dia telah membuat pelbagai cara untuk melindungi anaknya daripada sakit yang Pitt telah memberi kepada keluarga selepas kejadian itu’  kata Peguam Jolie.

‘Tapi bila Pitt mengfailkan tuntutan mahkamah tentang pengawalan atas kewangan Jolie dan memaksa dia untuk bersatu kembali menjadi rakan niaga yang tidak ada kaitan dengan urusannya. Pitt memaksa Jolie untuk melindungi dirinya tentang masalah mereka hadap buat kali pertama’

Jolie menyebut segala dengan terperinci tentang pentengkaran pada September 2016, telah membawa mereka kepada penceraian dan mempertikaikan tentang saham kilang wain mereka.

Pasangan tersebut , berkolaborasi pada 2005 dan membeli kilang wain di Chateau Miraval, pada 2008.

Jolie berkata apabila mereka telah membeli saham dan hak milik, wakil dari kalangan mereka berbincang untuk menandatangani satu perjanjian untuk mengadakan terma dan syarat untuk pembahagian harta jika mereka berpisah.

Tetapi Jolie berkata Pitt tidak mahu membuat perjanjian tersebut.

Peguam Jlie berkata bahawa pengurus kewangan Pitt telah menulis e-mel: ‘Pada proses awalnya saya telah membangkitkan isu berkaitan jual beli antara A dan B tapi di kata pada Brat bahawa perkara ini tidak perlu untuk dua orang yang dipercayai untuk mengadakan perjanjian tersebut’.

Idea itu disetujui dan pasangan itu berkahwin di Chateau pada August 2014.

Dalam dokumen mahkamah, Jolie mengatakan dia menganggapkan ini sebagai pelaburan untuk keluarga mereka, dan sebuah rumah.

Jolie menuduh Pitt kerana tidak berunding dengannya tentang pemilikan harta milik dan memasang kolam renang yang kelima dalam lingkungan harga 1 juta Euro.

Tetapi Jolie mengatakan dia tidak membantah pada waktu itu.

‘Jolie selalu melibatkan dirinya dalam mengubah suai reka bentuk untuk segala rumahnya yang ada (termasuk sekali yang mereka mendiami) , dan apabila dia dan Pitt telah membeli Chateau, Awalnya mengharapkan untuk membuat perkara yang sama untuk rumah barunya, ‘ tulis peguamnya .

‘Tetapi Pitt memaksa untuk mengawal kreatifnya dengan mengikut cita rasanya sendiri.

‘Namun Jolie bercadang untuk perdekatan secara berkolaboratif, tetapi Jolie akur pada kemahuan Pitt untuk mengawal segala projek, walaupun kadang-kala Jolie mempersoalkan keputusan tersebut. Sebagai contoh , Chateau tersebut memerlukan kolam renang yang kelima yang berharga 1 Juta Euro, atau mengapa tangga itu perlu dibina semula sebanyak 4 kali.

‘ Jika Jolie mempersoalkan sengala perbelanjaan mereka, Pitt akan menafikan kerana baginya ia adalah satu keperluan untuk pemandangannya pada chateau tersebut.’

ccc

Ini ialah Miraval Chateau dan ladang seluas 1,000 ekar – kini bernilai $164 juta – tempat pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 2008

Jolie mengatakan bahawa perkahwinan ini ‘ sudah sampai ke penghujungnya’ pada September 14,2016.

‘Sepanjang penerbangan, Pitt berkelakuan ganas secara emosi dan fizikal terhadap Jolie dan anak-anaknya yang baru sahaja berumur dalam kalangan 8 ke 15 tahun’ tertulis dalam surat mahkamah.

‘Selepas penerbangan itu, untuk keselamatan keluarga mereka, Jolie berkeputusan untuk melakukan penceraian.’

Jolie mengatakan Pitt telah berada dengan salah satu anaknya sebelum sampai ke lapangan terbang, dan apabila bertanya dia kenapa dilakukan sedemikian, Pitt menuduhnya kerana terlalu memanjakan anaknya dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Jolie.

Jolie berkata bahawa Pitt, selepas 90 minit kemudian , mencari semula Jolie dan menegurnya kerana kelakuannya.

‘ Dia membawa Jolie ke dalam bilik air dan mula menjerit kepadanya,’ tertulis pada dokumen mahkamah.

‘Pitt menggenggam Jolie pada kepalanya dan menggegarkannya, kemudian dia menggenggam bahunya dan mengegarkannya sebelum menolakkannya dia kedinding bilik air.

‘Pitt kemudian menumbuk siling beberapa kali, menggesakan Jolie untuk meninggalkan bilik air tersebut.

‘Sewaktu Jolie keluar, salah satu anaknya bertanya ,’Mama okay tak?’

‘Pitt menjerit, “Mak kamu tak okay” dan mula mengejek Jolie dengan kejinya.’

Jolie mengatakan bahwa apabila salah satu anaknya menyuara untuk melindungi maknya, Pitt menerpa ke anak tersebut, dan Jolie menggenggamnya untuk menghalang.

‘Untuk menghalang Jolie dari membuat sedemikian, Pitt menghayun dirinya kebelakang hingga mencederakan belakang dan bahu Jolie.

‘Anak- anaknya dengan beraninya mempertahankan diri masing-masing.

‘Sebelum semua berakhir, Pitt mencekik salah sorang anaknya dan membalingnya ke muka anaknya yang lain.

‘Sesetengah merayu untuk Pitt berhenti. Mereka semua menangis dalam ketakutan.

Sepanjang penerbangan mereka Jolie dan anak-anaknya duduk diam di bawah selimut untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku.

Peguam menulis: ‘ Tiada siapa berani untuk ke bilik air. Pitt akan selalu kearah mereka dari belakang kapal terbang untuk menjerit dan memaki mereka.

‘Sampai satu tahap , dia menuang bir Jolie dan menuang bir dan wain merah kepada anak anak mereka.

‘Setelah beberapa jam, Pitt tertidur.’
Sewaktu mendarat, Jolie mengejutnya dan memberitahu bahawa dia dan anak-anaknya akan ke hotel.

‘Dia menjerit yang semua orang tidak boleh keluar dari kapal terbang ini dan menghalang keluarganya keluar selama 20 minit,’ Tertulis di dalam dokumen mahkamah

‘Selepas seorang anaknya masuk campur dan meminta untuk keluar, Pitt akhirnya memberi.

‘Tetapi apabila mereka keluar dari pintu kapal terbang , Pitt lagi sekali memukul salah seorang anaknya.

‘Dia jugak memegang dan mengegar Jolie di bahu dan di kepala , menyebabkan anaknya merayu untuk tidak mencederakan emaknya.

‘Pitt melepaskan Jolie , tetapi mengeluarkan kata kata kesat seperti B**** kepada Jolie dan , F*** you dan F*** you all.

Penyiasatan telah berlaku, namun tiada caj yang dilakukan.
Selepas 7 bulan , pada April 2022, Jolie atau dikenali sebagai ‘Jane Doe” saman FBI, untuk mencari sebab kenapa perkara ini tidak disiasat.

Jolie menyaman tanpa nama mendakwa yang dia telah menaikkan kes ini banyak kali dan memohon pencetakkan tentang fail penyiasatan untuk mendapat lebih kefahaman tentang penyiasatan yang telah dibuat oleh FBI dan maklumat ini penting untuk anaknya mengambil rawatan berubatan dan kaunseling trauma.

Jolie, dalam dokumen mahkamah , mengatakan bahawa pemilikan bersama kilang wain itu telah berlaku perbalahan secara mendadak.

Sila Baca Juga: Kejelitaan Anak Gadis Angelina Jolie menjadi bualan, Ikut Bradd Pitt atau Angelina?

Sila Baca Juga: “Malu malu kucing..” – Ma Dong Seok tak sangka Angelina Jolie mengaku peminatnya

‘Dengan Chateau Miraval, itu adalah aset yang sangat penting bagi Jolie, dia mula menglibatkan diri untuk memahami chateau dan kilang wain dengan pelbagai projek dan juga memahami dan mengawasi kewangannya,’ tertulis di dokumen mahkamah.

‘Pertikaian dan komplikasi timbul berkaitan penceraian dan jagaan, kelakukuan keras Pitt untuk cuba mengawal kilang wain.’
Jolie menuduh Pitt untuk cubaan membekukannya dari business mereka dengab menggunakan hasil dari bisnes untuk mendana projeknya sendiri.

‘Keengganan Pitt untuk membahagi keuntungan memberikannya semua kelebihan dan kawalan pada Jolie.’ Jolie berkata.

Pada 2019, Jolie tidak selesa dengan meneruskan bisnes yang berkait dengan alcohol, yang telah memberi impak kepada Pitt dengan penyalah gunaan alkohol kepada keluarganya.

Akhirnya, Jolie ingin mengakhirkan sahamnya setelah segala insiden yang berlaku kepadanya dan membuat keputusan untuk menjual sahamnya di Chateau Miraval ke untuk bebas dari masalah kewangan.

Pitt berhujah bahawa Jolie menjual sahamnya kepada minuman multinasional Stoli, tetapi pada hari Selasa berhujah dia menawarkan Pitt peluang untuk beli sahamnya.

Perjanjian 54.5 Juta dollar telah dibuat ke Pitt untuk menjual Saham pekongsiannya, Namun dia berundur apabila Jolie mengisi laporan dakwaan keganasan.

Dia menjual sahamnya ke Stoli pada September 2021 dan sekarang menunggu keputusan dari hakim untuk kelulusan penjualan tersebut.

‘Pitt sekarang mengatakan bahawa Jolie tidak diberi kuasa untuk menjual kepentingannya dalam Chateau Miraval dan menyuruh Mahkamah untuk lepaskan penjualan,’ kata peguam Jolie.

Sekali lagi, keseluruhan kes Pitt terhadap Jolie didasarkan pada kononnya tidak tertulis, perjanjian yang tidak diucapkan untuk selalu memberikan persetujuan atau hak veto kepada pihak lain atas penjualan kepentingan pihak lain di chateau dan kilang wain tidak kira keadaan dan tidak kira sama ada mereka tetap kekal sepasang suami isteri.

‘Tetapi pertama kalinya Jolie mendengar persetujuan yang sepatutnya ini adalah ketika dia diberitahu untuk membuat laporan bahawa Pitt telah membuat tuntutan padanya dan kemudian membaca laporan Pitt.

Dokumen pengadilannya menyimpulkan: ‘Jolie meminta agar Mahkamah menyatakan bahawa tidak ada perjanjian seperti itu dan penjualan Jolie dari Nouvel kepada anak syarikat Stoli adalah muktamad.

aa bb

Dengan pernyataan ini, Jolie akhirnya dapat memperoleh apa yang dia fikir ketika dia menjual Nouvel kepada Stoli pada tahun 2021: Untuk beralih dari kilang anggur dan chateau, mempunyai kebebasan kewangan dari bekas suaminya, dan akhirnya mempunyai beberapa bentuk kedamaian dan penutupan bab yang sangat menyakitkan dan trauma ini dan kehidupan anak-anak mereka.’

Sumber: Daily Mail