Dunia hiburan digegarkan dengan pengumuman anak kepada pelakon lagenda Bruce Willis iaitu Rumer Willis berkenaan keadaan kesihatan bapanya.
Pada tanggal 31 Mac 2022, Rumer Willis membuat pengumuman melalui hantaran di laman instagramnya menyatakan bahawa Bruce Willis sedang menderita penyakit afasia dan pelakon tersebut secara rasmi terpaksa bersara dari dunia lakonan buat selamanya. Berita sedih ini disambut penuh sugul oleh rakan-rakan artis dan kebanyakan peminat.
Apakah itu afasia? Penyakit afasia adalah sejenis penyakit yang boleh menjejaskan fungsi kognitif otak. Afasia menjejaskan keupayaan bercakap, menulis, dan memahami bahasa. Kemahiran memahami bahasa secara lisan atau bertulis lama-kelamaan akan hilang akibat penyakit afasia.
Berikut merupakan gejala-gejala afasia:
● Tidak fokus dengan apa yang dia katakan
● Sukar memberi atau mengikuti petunjuk
● Sukar memahami bahasa abstrak
● Tidak mampu mempelajari informasi baru
● Tidak boleh memproses informasi visual
● Sukar mengingati kenangan
● Sukar mengenali dan membuat penyelesaian masalah
● Sukar untuk kekal berada dalam satu topik dalam suatu perbualan
● Sukar menceritakan peristiwa secara berurutan
● Sukar memahami isyarat non-verbal
● Sukar menggunakan ekspresi wajah yang tepat
● Sukar mengingat kata-kata tertentu
● Sukar membaca atau menulis dengan betul
Baru-baru ini isteri kepada Bruce Willis iaitu Emma Heming telah memuat naik foto dan video dia bersama suaminya di laman Instagram. Perkembangan terbaru Bruce Willis sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminat. Bruce Willis yang kini berusia 68 tahun kelihatan bahagia berpimpin tangan dengan isterinya.
Sebelum berkenalan dengan model Emma Heming, Bruce Willis sudah berkahwin dan mempunyai keluarga bersama pelakon popular Demi Moore. Bruce Willis dan Demi Moore berkahwin selama 13 tahun sebelum bercerai pada tahun 2000.
Mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan. Selepas berpisah dengan Demi Moore, Bruce Willis menjalin hubungan dengan pelakon Brooke Burns namun perhubungan mereka tidak kekal lama dan putus di tengah jalan. Pada tahun 2009, Bruce Willis mengahwini Emma Heming dan mereka bahagia sampai sekarang serta dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Bruce Willis sudah beberapa tahun menunjukkan simptom dan gejala afasia di set penggambaran. Pelakon itu didapati sukar menghafal dialog dan skrip sehinggakan dia terpaksa menggunakan alat bantuan telinga untuk menuturkan skrip dengan betul.
Menurut kru penggambaran yang bekerja bersama Bruce Willis, gejala penyakit itu amat ketara ditunjukkan oleh pelakon terbabit. Menurut laporan The Times , lebih 12 orang kru dan sahabat menyatakan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan pelakon itu sebelum ini.
Baca Lagi:Katy Louise Saunders Didakwa Telah Mempunyai Seorang Anak Berusia 10 Tahun
Baca Juga: Dabbe: The Curse Of Jinn (2013) Filem Turki Diadabtasi Dari Kisah Benar