Home Entertainment BTS Hampir Bubar Pada Tahun 2018, Suga Dedahkan Apa Yang Akan Berlaku...

BTS Hampir Bubar Pada Tahun 2018, Suga Dedahkan Apa Yang Akan Berlaku Jika Salah Seorang Keluar Dari Kumpulan

0

Tanpa kesemua tujuh ahli, BTS bukanlah BTS. Selepas menghadapi kesusahan dan kejayaan, kesemua ahli masih memilih untuk kekal bersama, tetapi apakah yang akan berlaku jika seseorang itu mahu membawa haluannya sendiri?

Dalam Episod 1 dokumentari BTS, Break The Silence, BTS membuka cerita tentang perjuangan mereka dalam industri K-Pop, termasuklah mengapa mereka hampir bubar pada tahun 2018.

unnamed 7

Ia adalah tahun yang penuh dengan tekanan dan keraguan, tetapi seperti yang dikatakan J-Hope, ia telah menjadi “tahun yang terbaik untuk kami”.

Sementara RM menjelaskan mengapa BTS memilih untuk kekal bersama, walaupun mempunyai “pandangan yang berbeza”, Suga menjelaskan perkara yang akan berlaku jika seorang ahli mahu meninggalkan BTS.

Baca lagi: Selepas Membeli Penthouse Bernilai RM55.7 Juta Secara Tunai, G-Dragon Beli Kereta Termahal Ini Pula

Baca lagi: V BTS Menginap Di Hotel 5 Bintang, Anda Akan Terkejut Apabila Melihat Harganya!

unnamed 3 1

“Kami telah menjadi lebih rapat daripada sebuah keluarga,” jelas Suga. “Kami boleh mengetepikan segala-galanya, dan bercakap secara bebas tentang bagaimana kami boleh bergerak ke hadapan dan berusaha untuk membaik pulih diri.”

Menurut Suga, jika seseorang mahu pergi membawa haluan sendiri, ahli lain akan berusaha untuk memujuk ahli itu agar kekal dalam BTS dan menyelesaikan masalah tersebut sebagai satu kumpulan.

Tetapi jika ahli tersebut mempunyai sebab yang tertentu, kesemua ahli pastinya akan menghormati keputusan tersebut.

Syukurlah, BTS merancang untuk kekal bersama sebagai BTS untuk ARMY, buat masa yang sangat lama! Mereka telah membuktikan berulang kali bahawa mereka mampu menyelesaikan segala masalah dan tiada kesusahan yang tidak dapat mereka atasi.

Sumber: [1]