Kumpulan K-Pop hit, BTS tidak berjaya membawa pulang sebarang trofi dalam Anugerah Grammy pada tahun ini, namun ia tidak patut dianggap gagal, kata pakar dalam industri muzik.
BTS dicalonkan ke dalam kategori Persembahan Kumpulan/Pop Duo Terbaik untuk lagu ‘Butter’ namun anugerah tersebut berpihak kepada Doja Cat dan SZA untuk lagu hit mereka, “Kiss Me More.”
“BTS bawa pulang tolong kosong kali ini, namun kumpulan tersebut masih ada banyak lagi matlamat untuk dicapai.” kata Kim Jin-woo seorang profesor muzik dalam satu temu bual dengan Korea Times.
“Jadi kita tidak seharusnya menganggap kejadian ini sebagai satu kegagalan. Patut dilihat sebagai peluang kepada BTS untuk mengharungi cabaran ini.
“Memandangkan lagu ‘Butter’ popular di serata dunia, memang ramai kecewa dengan berita tersebut. Ini kali kedua BTS dicalonkan selepas lagu ‘Dynamite’ pada 2020 untuk kategori yang sama. Bintang Hybe nampaknya meluaskan horizon mereka selama beberapa tahun ini, saya percaya suatu hari nanti Grammy tunduk juga kepada mereka sekiranya tidak berputus asa.”
“Nampaknya Grammy masih tutup pintu kepada pemuzik Asia.” ujarnya lagi.