Di Jepun, harga buah-buahan jauh lebih mahal daripada luar negara. Sebagai contoh, harga sebiji epal di sini lebih kurang $4 atau RM16. Malah, kerana kawalan ketat bagi menjaga kualiti buah-buahan, biasanya penjual hanya meletakkan buah tersebut selama 1 hingga 2 hari sebelum terpaksa dibuang kerana dianggap sudah tidak segar.
Jualan Lelong Buah-Buahan Premium di Jepun
Setiap kali musim panas di Jepun, biasanya akan diadakan sebuah majlis lelongan buah-buahan premium. Majlis lelongan seperti ini biasanya menarik golongan kaya yang mahu publisiti dan pemilik kedai yang mahu menawarkan makanan buah-buahan mewah kepada para pelanggan mereka.
Dalam sebuah majlis lelongan di Jepun, tembikai pernah dilelong dengan harga $16,590. Di Jepun, buah tembikai dianggap sebagai raja buah dan berfungsi sebagai simbol status kekayaan seseorang. Ianya biasa dijadikan hadiah kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
Pada tahun 2008, buah anggur jenis Ruby Roman telah dijual dalam sebuah majli lelongan pada harga 100,000 Yen (RM3763) bagi setiap 700 gram atau bersamaan RM117.50 bagi setiap sebiji anggur. Jumlah itu dikatakan harga tertinggi yang pernah dibayar untuk segugus buah anggur.
Namun, pada Julai 2016, segugus anggur Ruby Roman yang mempunyai berat 700 gram telah dijual pada harga 1.1 juta Yen (RM34,733) telah dijual dalam sebuah majlis lelongan yang diadakan di Kanazawa. Segugus anggur tersbeut mempunyai 30 biji anggur dan ini bermakna sebiji anggur tersebut berharga RM1157.880 .
Anggur tersebut telah dibeli oleh seorang rakyat Jepun bernama Takamaru Konishi. Beliau merancangan untuk memparmerkan buah anggur di pasar rayanya selama beberapa hari sebelum memberi peluang kepada para pelanggannya untuk merasai keenakan anggur tersebut secara percuma.
Apa yang membuatkan anggur Ruby Roman ini begitu istimewa?
Anggur Ruby Roman ini merupakan salah satu jenis buah anggur terbaru yang hanya diperkenalkan pada tahun 2008. Ianya merupakan sebuah projek yang dibiayai kerajaan Jepun. Proses penghasilan baka anggur unik ini dikatakan mengambil masa selama 14 tahun.
Nama Ruby Roman ini diberikan kepada anggur baru ini melalui sebuah referundum awam yang diadakan. Secara fizikalnya, anggur ini bersaiz lebih besar daripada anggur biasa yang dijual di pasaran. Bentuk bulan dan hanya kecil sedikit daripada biji bola ping pong.
Sebelum dijual, setiap biji anggur ini perlu melalui ujian pemeriksaan yang sangat ketat. Hanya anggur yang benar-benar melepasi syarat-syarat ini sahaja yang akan ditambah pelekat pengesahan dan layak untuk dijual di pasaran.
Setiap biji anggur mestilah mempunyai berat minimun 20g. Selain itu, peratusan gula bagi setiap biji anggur pula mestilah melebihi 18%. Warna pada setiap anggur tersebut juga perlulah kemerah-merahan seperti warna ceri dan tomato. Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipenuhi, anggur tersebut sama sekali tidak akan dijual di pasaran.
Terdapat juga anggur yang diklasifikasikan lebih ‘premium’ dimana setiap biji anggur mestilah mempunyai berat sekurang-kurangnya 30g dan berat keseluruhan segugus anggur tersebut mestilah mempunyai berat minimum 700g. Anggur bagi kelas ‘premium’ ini tentulah paling mahal harganya.
Syarat-syarat ketat yang diperkenalkan ini menyebabkan kuantiti anggur kelas ‘premium’ Ruby Roman ini begitu terhad setiap tahun. Sebagai contoh, pada tahun 2010 hanya 6 gugus anggur yang memenuhi spesifikasi ini dan pada tahun 2011, tiada anggur yang berjaya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan ini.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi