Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok isyidasyahidah, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita meluahkan perasaan bahawa beliau tidak berpuas hati atas tindakan guru tadika anaknya, di mana anaknya yang berusia 3 tahun telah mempunyai kesan lebam pada anggota badan serta muka. Dikatakan perkara ini terjadi pada bulan Jun dan beliau masih menganggap ianya adalah perkara biasa apabila kanak-kanak bermain di tadika. Namun selepas beliau bertahan hingga bulan Oktober, beliau membuat keputusan untuk membuat aduan kepada pihak tadika.
Namun aduan yang dibuat beliau pula tidak memberi apa-apa perubahan pada anaknya, apabila beliau masih melihat lebam baru seperti digigit dan dicakar pada muka. Beliau juga mengatakan untuk membuat aduan sekali lagi, malah anaknya pula dibuang daripada tadika itu dan perkara ini membuatkan beliau berasa tidak adil serta anaknya adalah mangsa keadaan tetapi dibuang daripada tadika berkenaan.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini juga pernah dialami oleh anak mereka serta ada juga yang tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku kerana anaknya itu adalah seorang mangsa dan bukannya pelaku. Netizen juga mengesyaki sesuatu apabila wanita ini menyatakan bahawa anaknya telah dibuang daripada tadika tersebut, di mana ‘mereka’ hanya ingin menutup kesalahan dan kemungkinan ‘pelaku’ yang menggigit dan mencakar itu adalah salah seorang anak pekerja ataupun pemilik tadika berkenaan.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 59.8K penonton, 1535 sukaan dan 234 komen.
Baca lagi: Gurauan Anak Ketiga Tak Dilayan Adik Bongsu, Sekali Reaksinya Pula Tarik Perhatian Netizen
Lihat klip durasi pendek tindakan pihak tadika ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Fateen Natasha: i rasa si pelaku tu anak staff atau pun owner taska tersebut. tak kan semudah tu dia nak terminate anak kita padahal anak kita mangsa kan.
@nordiamond2000: Buat report kpd pihak yg meluluskan lesen TASKA. Lesen boleh ditarik jika TASKA ini gagal mengurus keperluan, keselamatan, kebajikan anak2 kecil ini.
@TicerMona: weyyyyy aku mcm nk je p sanaaaa! eh aku pun emoo klo gini!!
@BabyCikja: patut taska mcm ni kena spill out taska apa .. nampak sgt managemenet dia ke laut , haishhhh
@-iefa-: Weiii apa prnan teacher dia… sya skali budk tu gigit kwan mmang sya trus inform prents anak yg mngigit dan yg kne ggit spya xkn berulang…
@Anggun Sekali: Pernah la kena anak selalu lebam2,kesan gigit lah apa lah.then bila kita dah bunyi dia cakap sy xleh jaga dah anak akk sbb jenis cpt lebam , aku ckup
@ayla_isabeyla: bukan ke taska Kene asingkan kanak2 setiap umur..xbole sekali kan ..macam pelik dia biar sekali dgn kanak2 umur 2y n 3y…semoga puan terus kuat .
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram