Seorang ibu berusia 31 tahun berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM10,000 setiap bulan dari pekerjaannya sebagai pemungut sampah, tetapi bukan sampah yang biasa, wanita ini hanya mengambil sampah yang berharga dan mahal.
Wanita yang berasal dari Texas, Amerika ini berjaya memperoleh sekitar RM10,000 setiap bulan.
Beliau dikenali sebagai Tiffany, akui bahawa idea untuk mengutip sampah muncul setelah dia menonton video di mana seorang lelaki mengutip barang-barang yang dibuang di tong sampah.
Antara barang yang dijumpai oleh Tiffany termasuk pakaian Michael Kors yang bernilai RM350.00, vakum bernilai RM1,600.00 dan juha barang-barang berharga lain.
Tifanny menjelaskan bahawa pada mulanya dia gemar mengambil barang apa sahaja dia jumpa di tong sampah, namun lama-kelamaan rumahnya juga penuh dengan barang yang tidak bernilai. Oleh itu, dia hanya mengambil perkara yang akan memberi keuntungan sahaja kepadanya.
“Sekarang saya hanya mengambil barang-barang yang saya tahu akan sya gunakan atau memberi saya keuntungan. Saya biasanya mencari di Google harga asal barangan tersebut, kemudian menjualnya semula dengan potongan sebanyak 75%”
Kini bekerja sebagai pemungut sampah digunakan olehnya sebagai mata pencarian utama. Tifanny biasanya menggunakan media sosial, eBay atau Facebook untuk menjual barang-barang yang dijumpa oleh beliau.
Kisah ini membuktikan bahawa wanita tersebut sanggup mencari duit walaupun ‘pemungut sampah’ sering direndahkan oleh segelintir manusia. Namun reaksi wanita ini juga usaha dengan pelbagai cara untuk menyara hidupnya. Apa yang dilakukan oleh beliau juga telah mendapat sambutan orang ramai di media sosial, dan turut mengikuti langkah-langkah beliau.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang